5 Perangai Rakan Menjengkelkan Ketika Road Trip!
Aktiviti ‘road trip’ merupakan kebiasaan terutamanya bagi golongan muda yang minat mengembara bersama rakan-rakan.
Namun, bila dah ramai bermakna ada seribu satu macam perangai yang akan kita lihat.
Berikut 5 senarai perangai ‘member’ yang selalu kita nampak ketika ‘road trip’:
1. Kuat tidur
Ini yang sering kita nampak, asal masuk je kenderaan mulalah terpejam. Kadang-kala tidak sampai 1 minit dan tumbang. Golongan macam ini yang selalu buat member yang jadi ‘driver’ naik angin.
2. Kaki menyanyi
Golongan suka berkaraoke ini memang menyeronokkan kalau ada ketika ‘road trip’ tetapi kalau sepanjang perjalanan itu menyanyi, telinga boleh jadi kebas!
Kalau suara sedap mungkin boleh dimaafkan tetapi kalau yang jenis syok sendiri boleh bikin panas!
3. Asyik nak berhenti di R&R
Mereka inilah yang sering melambatkan perjalanan. Nampak je R&R nak berhenti sebab nak ke tandas. Tak pun nak borong makanan yang ada dijual disitu.
4. Suka bertanya soalan
Siapa pernah berdepan member yang suka bertanya soalan macam-macam. “Bila nak sampai?” atau “kita kat mana ni?”.
Diorang inilah yang ambil serius definisi ‘malu bertanya sesat jalan’ tetapi hakikatnya bukan tukang bawak kereta pun.
5. Kaki mencekik
Bukan cekik member, tetapi tak habis-habis mengunyah. Daripada awal perjalanan sampailah dah tiba di destinasi, tak habis-habis mengunyah.
Tetapi, mereka inilah yang memastikan perjalanan kita bebas lapar. Maklumlah, satu beg khas untuk makanan, perut member pun bahagia!
from HANASUVA http://ift.tt/2n8BtIx via IFTTTfrom Gedebak Viral http://ift.tt/2n8lzOo
via IFTTT
No comments: