Jangan Menidakkan Titisan Emas Ibu, 12 Manfaat Penyusuan Bantu Anak Bawah Dua Tahun Kuat Antibodi
Penyusuan bayi secara eksklusif amatlah digalakkkan buat bayi anda yang baru lahir hinggalah usia mereka menginjak enam bulan. Namun begitu mak-mak juga amatlah digalakkan supaya terus memberikan susu ibu kepada anak-anak sehingga usia mereka dua tahun.
Banyak khasiat dan kebaikan yang boleh didapati daripada susu ibu yang sangat bermanfaat untuk tumbesaran bayi anda.
Telinga
Fungsi pendengaran anak lebih baik dan dapat terhindar daripada jangkitan telinga. Bagi anak yang memiliki kelainan congenital atau sejak lahir akibat disusui maka ibunya menjadi lebih berhati-hati sehingga masalah anak dapat diatasi daripada kecil.
Mata
Vitamin A dalam susu ibu menyumbang kepada 75 peratus retina. Ia dapat membantu menajamkan penglihatan si kecil anda selain mampu melihat dalam pencahayaan rendah. Ia juga dapat membantu si kecil anda mengenali warna sejak usia kecil mereka.
Rambut
Sehingga usia anak dua tahun. Susu ibu masih menyediakan 95 peratus sumber vitamin A yang diperlukan oleh sel kulit dan rambut si kecil anda. Kandungan 60 peratus vitamin C yang turut terkandung dalam susu ibu akan dapat membantu anak anda mempunyai rambut yang sihat.
Deria Rasa
Kandungan zat besi yang tepat dan berkualiti dalam susu ibu mudah diserap oleh badan anak anda. Ia membuatkan deria rasa mereka lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Ini penting untuk meningkatkan selera makan si kecil dan supaya mereka boleh menerima apa sahaja makanan yang ada.
Otak
Berdasarkan banyak kajian yang telah dibuat. Anak-anak yang minum susu ibu sehingga usia mereka dua tahun mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding anak-anak yang minum susu formula. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malah anak-anak juga lebih bijak.
Mengeratkan Hubungan Ibu Dan Anak
Selain itu, hubungan rapat yang terjalin antara ibu dan anak ketika menyusu memberi stimulasi untuk kecerdasan intelektual, sosial, emosi, bahasa, musikal dan sebagainya.
Sistem Imun
Kandungan khasiat yang terdapat dalam susu ibu berubah dari masa ke semasa. Jika pada minggu pertama ia kaya dengan kolostrum yang baik untuk pencernaan bayi anda dan seterusnya adalah untuk memenuhi keperluan bayi yang hanya bergantung kepada susu ibu. Namun bagi kanak-kanak yang berusia 1 tahun setengah hingga dua tahun, susu ibu dapat berfungsi untuk daya tahan tubuh mereka dan bukan sebagai makanan lagi.
Kulit
Vitamin A dan C yang terkandung di dalam susu ibu membuat kulitnya sihat dan gebu. Bayi dan kanak-kanak yang minum susu ibu juga kurang mengalami masalah alahan dan penghadaman.
Tulang
Kandungan kalsium dalam susu ibu merupakan sumber terpenting dan terbesar bagi pertumbuhan dan kekuatan tulang si kecil anda. Bukan sahaja ia baik untuk tulang anak anda, malah ibu yang menyusu juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
Berat Badan Ideal
Bagi anak-anak anda yang menyusu badan, risiko mengalami obesiti agak kecil berbanding yang tidak minum susu ibu. Ini kerana nutrisi di dalam susu ibu sudah mencukupi untuk keperluan mereka. Ketika bayi, anak-anak biasanya akan berhenti menyusu dengan sendiri apabila mereka sudah kenyang. Ini dapat membantu mereka untuk tidak makan secara berlebihan.
Sendi Dan Otot
Kanak-kanak yang minum susu ibu biasanya akan kurang mendapat penyakit otot.
Sistem Penghadaman
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mengalami masalah cirit-birit selain kurang risiko kepada alahan makanan. Ia juga dapat mengurangkan risiko mendapat apendiks pada usia kanak-kanak mereka.
from Gedebak Viral http://ift.tt/2nZ7V51
via IFTTT
No comments: