Header Ads

Breaking News
recent

5 Kebaikan Kentut Yang Ramai Tidak Tahu!

Semua manusia kentut dan ia perkara yang tidak boleh dielakkan. Cantik atau hensem mana pun seseorang itu, mereka pun kentut.

Apa yang menarik tentang kentut ialah gas tersebut mengandungi hidrogen sulfida yang dihasilkan oleh sistem pencernaan dan kadang-kadang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Namun, tahukah anda bahawa kentut adalah perkara yang sihat? Ini antara kebaikan kentut yang korang tak tahu!

1. Tiada lagi masalah kembung perut

Gas di dalam perut yang tidak dilepaskan akan menyebabkan kembung dan tidak selesa.

2. Dapat mengesan penyakit

Gas busuk yang keluar boleh mengsan sama ada seseorang itu menghidap penyakit serius atau tidak. Bau busuk kentut juga menunjukkan anda mengamalkan pemakanan tidak sihat.

3. Bau kentut boleh mencegah kanser

Dalam gas kentut terdapat hydrogen sulfide yang dihasilkan bakteria. Dalam jumlah sedikit zat ini membantu melindungi sel dan mencegah penyakit, kajian oleh Exeter University.

4. Menghindari masalah pencernaan

Jika anda inginkan pencernaan yang sihat dan usus bebas dari penyakit, sebaiknya jangan tahan kentut. Jika tidak gas tersebut akan kembali naik ke atas dan beri kesan buruk pada penghadaman.

5. Mood jadi lebih baik

Belum ada kajian khusus, tapi lepas buang angin mesti rasa lega dan mood akan jadi lebih baik.

from HANASUVA http://ift.tt/2o7udRs via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nHFuF0
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.