Header Ads

Breaking News
recent

KAJIAN: Lelaki Lebih Sihat Jika Bersama Wanita Cantik!

Berita baik buat kaum lelaki untuk pastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik. Mudah saja, pilih wanita cantik untuk dijadikan pasangan.

Ini bukan rekaan semata-mata. Kajian oleh University of California mendedahkan, wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf. Jika tahap kedua-dua hormon ini meningkat, badan pun lebih sihat.

Kajian dilakukan keatas 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik.

Hasil mendapati, hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

Semasa lelaki bertemu wanita cantik, otak akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh lebih sihat.

from HANASUVA http://ift.tt/2nRa6ou via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nR88UY
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.