Header Ads

Breaking News
recent

"Jadi Diri Sendiri, Tak Perlulah 'Plastik'!"

Sudah 20 tahun bergelumang dalam dunia seni namun Ifa Raziah, 42 berasa cukup bersyukur kerana masih diterima ramai.  Ifa yang terkenal sebagai seorang selebriti bermulut lantang menyatakan dirinya mampu bertahan dalam dunia seni sehingga hari ini kerana dia menjadi diri sendiri.

“Paling penting 'jadi diri anda sendiri'. Tak perlu jadi orang lain. Dengan peminat tak perlu plastik. Hargai peminat kerana mereka saya berada di tahap ini. Saya juga beryukur kerana mempunyai peminat di Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Saya amat menghargai sokongan mereka. Tanpa mereka siapalah kita.

“Untuk menjadi Ifa Raziah pada hari ini saya perlu berusaha keras. Bermula sebagai seorang penyanyi kemudian pelakon, pelawak dan pengacara. Saya perlu pelbagaikan kerjaya. InsyaAllah  jika ada rezeki saya mahu menjadi penerbit pula. Walaupun sudah lebih 20 tahun dalam industri namun saya perlu berusaha keras, masih belajar dan terus belajar.

"Paling berharga saya kini dikenali dikalangan artis-artis popular Indonesia seperti Dewi Perssik, Inul dan ramai lagi. Bukan mudah untuk saya dikenali di negara jiran. Bagi saya kejayaan saya ini satu kebanggaan,” yang mempunyai dua kelab peminat tegar IfaRaziahDivas (Malaysia) dan IfaRaziahDivasIndo (Indonesia).

Jaga Aib Suami

Sebagai seorang isteri dan ibu, Ifa Raziah sentiasa berpegang teguh kepada prinsip iaitu menjaga air muka dan aib suami.

“Sebagai seorang anak seni dan juga isteri serta ibu saya perlu menjaga aib suami. Sebab itu kemana-mana saya akan menjaga diri dengan baik. Dari segi pakaian dan sebagainya,” sambung Ifa Raziah.

Menyentuh tentang anak-anaknya, Ifa Raziah menyatakan dia tidak menggalakan anak-anaknya menceburi bidang seni. Namun jika itu yang diminati dia tidak akan melarang cita-cita mereka.

“Dari pemerhatian saya dapat rasa yang anak-anak saya suka pada bidang seni. Tapi mereka tak suka kedepan sebab malu. Saya bagi mereka sokongan moral dalam apa jua lapangan kerjaya yang mereka minati. Cuma saya tak galakkan mereka dalam bidang seni. Saya rasa mereka lebih minat kerja-kerja seni belakang tabir,” ujar Ifa Raziah.

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2mNPiAe via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2n5NsuO
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.