Header Ads

Breaking News
recent

5 Perkara Biasa Tapi Diharamkan Di Korea Utara!

Korea Utara merupakan salah satu negara yang mempunyai kawalan ketat di dunia. Bukan itu saja, pemimpinnya Kim Jong-un merupakan seorang diktator.

Negara itu masih mengamalkan dasar tertutup kepada sebahagian besar dunia di luar sana. Memang jauh berbeza dengan negara Korea Selatan.

Demi menjaga kesejahteraan negara tersebut, Kim Jong-un meletakkan syarat ketat kepada rakyatnya.

Ini antara 10 perkara yang diharamkan di Korea Utara.

1. Tiada kemudahan internet

Rakyat biasa tidak mempunyai kemudahan internet dan membuat panggilan antarabangsa. Bahan berita mereka hanyalah menerusi televisyen dan radio sahaja.

2. Segalanya perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dahulu

Rakyat juga mempunyai akses yang sangat ketat kepada dunia luar. Segala yang disiarkan di televisyen atau radio haruslah mendapat kelulusan daripada kerajaan dahulu.

3. Setiap wartawan akan diiringi oleh pegawai kerajaan

Setiap wartawan yang ingin membuat liputan disana perlu meminta kebenaran terlebih dahulu dan perlu diiringi oleh h pegawai-pegawai kerajaan yang bertindak sebagai pemandu pelancong.

4. Dilarang memakai jeans & bertindik

Pada tahun lalu, Kim Jong-un melaksanakan undang-undang baru dengan mengharamkan rakyatnya memakai jeans dan bertindik. Beliau mendakwa ia adalah budaya barat.

5. Gaya rambut juga perlu mengikut undang-undang

Panjang rambut lelaki hanya sepanjang 2 sentimeter sahaja dan tidak boleh lebih dari itu. Wanita pula diarahkan untuk meniru gaya rambut isteri Kim Jong-un.

Sumber: Sinar Harian

from HANASUVA http://ift.tt/2mB3EAV via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2lSUJe9
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.