Header Ads

Breaking News
recent

KAJIAN: Mereka Yang Bekerja 9 Hingga 5 Lebih Bahagia

Perkembangan zaman dan teknologi dalam masa yang sama mengubah budaya kerja. Boleh dikatakan ada bermacam-macam jenis kerja didunia ini.

Ada yang bekerja separuh masa, ada yang bekerja dengan konsep bermusim dan ada yang bekerja dari pagi sampailah lewat malam.

Tapi, pekerja waktu manakah yang paling bahagia dan berpotensi untuk lebih berjaya?

Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Journal of Personality mendapati, pekerja dengan rutin bekerja kurang lapan jam sehari atau dari pukul 9 pagi hingga 5 petang adalah lebih bahagia.

Selain itu, waktu kerja demikian juga berpotensi meraih kejayaan lebih tinggi, berbanding pekerja yang bekerja tanpa henti sehingga lewat malam.

“Pekerja dengan waktu kerja rutin mempunyai karakter optimis, disiplin, prestasi lebih baik dan berwibawa,” jelas Scott Barry-Kauffman, salah seorang penyelidik.

from HANASUVA http://ift.tt/2mpBkVm via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2mpB2xz
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.