Header Ads

Breaking News
recent

Bahaya Betul Kalau Tengok Kesannya! Jom, Hentikan Anak Dari Virus 'Diamkan Anak Dengan Gajet'!

Awas, kalau dibiar anak akan berubah jadi cepat memberontak dan langsung tak boleh lepas Ipad atau phone! Lagi teruk bila ada anak-anak pandai jawab “Alaaa... kejaplah Mama!"

Dan ada juga yang bertukar menjadi tidak sabar sehinggakan semua perkara nak cepat seperti meminta barang dan lain-lain. Mungkin ini antara kesan jangka panjang yang mana anak sudah ‘freez’ dan tak lagi mempunyai waiting period yang normal sebagai seorang kanak-kanak.

Sama juga dengan educational learning yang kononnya membantu dengan adanya Aps yang boleh dimuat turun dengan mudah dan cepat. Hakikatnya anak ini telah pun skip rutin kenormalan pembelajaran. Akibatnya, anak menjadi cepat marah jika gadget kesayangan mereka mula ‘hang’ atau kehabisan bateri. Kadang-kadang kesan ipad ini anak boleh berubah sikap secara tiba-tiba apabila performance gadget tidak seperti biasa!

1. Buat jadual menonton TV atau Ipad

Ibu ayah kena bertegas dan hadkan anak main Ipad dengan bertegas yang anak-anak hanya boleh menonton pada hari minggu sahaja. Mula-mula memang susah, tapi lama kelamaan mereka akan ikut.

2. Abaikan konsep pujuk anak guna Ipad

Jangan sesekali katakan phone atai Ipad milik mereka. Pastikan mereka tahu yang anda merupakan pemilik dan mengawalnya 100%. Tanpa keizinan anda, mereka tak dapat menggunakannya.

3. Tutup sambungan network di gadget di bahagian tetapan (setting)

Anak bijak buka Ipad atau phone sendiri? Haaa... cuba tutup sambungan dan anda boleh menggunakan alasan yang internet ada masalah. Pilihlah alasan yang logik.

4. Banyakkan interaksi dengan anak

Waktu bagi anak tengok Ipad, ibu atau ayah kena tengok sama-sama. Tolonglah jangan bagi anak pegang dan layan Ipad sendiri. Risau kot anak tertekan video pelik-pelik. Never let them use or watch the ipad alone – ini orang jawa kata. Duduk sama-sama dan lihat apa yang mereka gemar sangat lakukan atau tonton. Sentiasa berbual tentang cerita yang berkaitan dengan yang anak sedang tonton. Jadi penyibuk sikit apa salahnya.

5. Jangan Full Charge tablet atau ipad

Gunakan trik ini dengan tinggalkan lebih kurang 15%-20% power kapasiti supaya memadai untuk mereka rasa hilangkan rasa bosan. Kemudian ajaklah mereka untuk belajar dan main seperti susun puzzle, mewarna, bermain flash card dan lain-lain.

Sebenarnya tiada alasan kalau betul anda sayangkan anak-anak. Semuanya mampu berubah dan disiplinkan dengan cara yang paling 'manja' agar anak selamat dari virus 'DIAMKAN ANAK DENGAN IPAD'!

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2mzBZAy via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2lRoT1l
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.