Header Ads

Breaking News
recent

Tak Tahan Terlalu Kaya, Wanita Minta Cerai & Bakar Beg LV

Rasanya ramai wanita impikan untuk berkahwin dengan lelaki kaya. Tipulah kalau tak nak. Sekarang ni wanita lebih mengejar kekayaan dari kebahagiaan.

Tapi berbeza bagi seorang wanita di China ini, yang bertindak membakar beg berjenama miliknya kerana tidak tahan dengan hidupnya yang terlalu kaya.

Menurut Dailymail UK, wanita muda tersebut, Xiao Tong merupakan seorang pelajar di Guangzhou yang berkahwin dengan seorang lelaki kaya selepas setahun berkenalan.

Kalau ikutkan, kehidupan Xiao memang sangat diimpikan oleh ramai orang. Boleh menginap di hotel lima bintang, memiliki sebuah rumah besar, kereta mewah dan pelbagai beg berjenama. Tapi, bagi Xiao kehidupannya itu buatkan dia tidak gembira.

Menurut laporan media, Xiao berasal dari keluarga yang miskin dan dia tidak dapat hidup sebagai orang kaya yang perlu menjaga perlakuan setiap masa.

Xiao terpengaruh selepas menonton satu filem online yang memaparkan kisah seorang gadis yang senasib dengannya. Xiao kemudian membakar beg LV, Prada dan Hermes miliknya itu di hadapan suaminya sebagai tanda meminta cerai.

Namun, berbeza di media sosial apabila ramai yang mengkritik kisah tersebut kelihatan seperti dibuat-buat dan palsu.

from HANASUVA http://ift.tt/2lwPsbc via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2lnqQko
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.