Header Ads

Breaking News
recent

Bahaya Anak Suka Gigit Kuku Yang Mama Papa Mesti Tahu!

Pernah lihat anak gigit kuku? Tabiat ini nampak biasa pada anak tetapi sebenarnya boleh membuatkan kulit jarinya terkelupas atau berdarah.Selain itu, anak anda juga berisiko mengalami keracunan, ekoran kotoran yang melekat pada kuku ketika anak-anak bermain di dalam rumah ataupun diluar rumah.

Kuku merupakan tempat berkumpulnya pelbagai kuman dan bakteria. Bakteria yang sering terdapat pada lapisan kuku merupakan bakteria keluarga ‘enterobacteriaceae’ yang merangkumi bakteri E.coli maupun bakteria salmonella. Bakteria dan kuman tersebut akan berkembang dengan baik dicelah-celah kuku. Antara kesannya ialah

a.Cirit-birit

Ketika anak menggigit kuku, bakteria-bakteria berbahaya tersebut akan berpindah dari kuku ke mulut dan akan menuju ke usus. Bakteria yang menyebar sampai ke usus akan menyebabkan infeksi yang biasanya menyebabkan terjadinya penyakit seperti sakit perut serta cirit-birit.

b. Flu

Mengigit kuku dapat meningkatkan pendedahan kepada penyakit seperti flu kerana tangan yang kotor masuk ke dalam mulut.

c. Infeksi kulit

Berisiko mengalami ‘paronychia’ atau infeksi kulit di sekitar kuku. Hal ini ditunjukkan dengan adanya warna kemerahaan atau pembengkakan serta rasa sakit dibahagian kulit kuku.

d. Kesihatan gigi

Kebiasaan menggigit kuku juga akan menganggu kepada kesihatan gigi. Gigi akan bergeser dari tempat semulanya dan juga dapat berpotensi menyebabkan gigi patah atau merosak lapisan gigi.

 

Tips elak anak menggigit kuku

1. Beri amaran secara lembut.

Semasa si kecil mulai mengigit kukunya, anda perlu memberi amaran untuk menghentikan aktiviti atau memberikan isyarat khusus misalnya dengan geleng kepala supaya si manja tidak berasa dipermalukan. Mengherdik atau menarik tangan si kecil dengan kasar terutama ditempat umum adalah cara yang kurang bijak.

2. Alih perhatian.

Memberikan si kecil objek untuk alih perhatiannya daripada perbuataan kebiasaanya itu. Berikan benda ‘pengalih’ untuk dipegang seperti bola kecil, gelung, permainan doh atau mainan kecil. Secara umumnya objek tersebut dapat mengurangi kebiasaan mereka menggigit kukunya.

3. Potong kuku.

Menjaga agar kuku si kecil selalu pendek. Kuku akan dipotong untuk mengelak menjadi panjang supaya anak tidak akan mengigit kukunya.


 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2ogeOxS via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2oUfVEG
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.