Header Ads

Breaking News
recent

Pesan Mak Bakal Hafiz/Hafizah Ni 'MOMMY, JANGAN JADI TARZAN!' Sebaiknya Tukar Amarah Jadi Doa

Mak-mak sekarang memang dibebani dengan bermacam-macam urusan. Baik soal mengurus anak sampailah mengatur duit belanja rumah. Walau jadi suri, mak tetap bekerja sampingan.

Rutinnya bekerja bukan lagi 24 jam, malah lebih dari itu. Bila penat, mak mudah hilang sabar. Anak-anak yang dalam hati niat nak bermanja, tapi di mata mak-mak nampak mengada-ngada. Sudahnya anak yang kena 'sound' sedas. Mak-mak gandakan kesabaran ya. Atau gunakan pendekatan ibu ini untuk menukar amarah jadi satu bentuk doa yang mustajab.

Puan Norsahida Mohamad Said, pengasas LaMamma kali ini berkongsi panduan membentuk anak-anak cemerlang. Tipnya bermula dengan kata-kata atau DOA DARI KATA-KATA IBU.

Tip Lahirkan Jutawan Beriman Dari Doa Kata-kata Ibu

Rasa rindu sungguh pada anak-anak. Rindu nak bergolek-golek dengan baby 😔

Cakap pasal anak, akak nak bagi satu TIPS bila anak-anak buat nakal.

Faham sangat, bila kita letih dan penat. Yelah, dengan kerja yang berlambak-lambak pastu kena hadap dengan kerenah anak-anak lagi. Mulalah dah jadi TARZAN kannn... Kita pun membebel-bebel sesuka hati aje.

Mommy, jangan macam tu ye! Masa nak marahkan anak-anak tu, tukarkan perkataan, "Masya Allah AlHafiz" atau spesifikkan apa yang kita nak anak tu jadi. Contoh, "Hei, jutawan beriman!"

Hikhikhik... comel je kan!

Macam akak, akak nak anak-anak akak hafiz quran. Selalu panggil anak-anak dengan gelaran

"Dhiyauddin AlHafiz"

"Dhiyaulhaq AlHafiz"

"Dhiyaurrahman AlHafiz"

"Aeisya Sofea AlHafizah"

Alhamdulillah... setakat ni 3 orang tu dah ke arah tu. 2 orang memang di Maahad Tahfiz dah. Si kakak manis, dah mula menghafal surah-surah juzuk 30. Moga anak yang kecil ini akan ikut jejak abang dan kakak nya. Amin.

#SHARElah supaya ramai ibu ayah dapat amalkan perkataan yang baik kepada anak mereka.

SUMBER/FOTO: Facebook Norsahida Mohamad Said Via Mingguan Wanita

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2pcxIU7 via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2oixIVi
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.