Header Ads

Breaking News
recent

Kecewa Tak Dapat Teman Wanita, Jurutera Kahwini Robot

Di Zhenjian, China, seorang jurutera bertindak berkahwin dengan robot ciptaannya sendiri selepas gagal mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Zheng Jiajia,31, pakar dalam mereka bentuk dan mencipta robot di Hangzhou, wilayah Zhenjiang mencipta robot wanita berkenaan pada akhir tahun lepas, lapor Qianjiang Evening News.

Robot yang dinamakan Yingying boleh mengenal pasti huruf dalam bahasa Cina dan imej serta boleh menyebut beberapa perkataan mudah.

Zheng berkahwin dengan hasil rekaannya itu dalam satu majlis ringkas pada Jumaat, lapor South China Morning Post.

Yingying dipakaikan sut hitam dengan kepalanya ditutup selendang merah ketika upacara perkahwinan tradisional Cina dengan disaksikan oleh ibu Zheng dan rakan.

Salah seorang daripada rakan Zheng memberitahu, lelaki itu bertindak mengahwini robot kerana kecewa selepas gagal mencari teman wanita.

Menurut laporan itu lagi, Zheng merancang menaik taraf ‘isterinya’ itu supaya boleh berjalan dan membantu melakukan kerja-kerja rumah.

Zheng pernah bekerja di firma multinasional Huawei dan meninggalkan syarikat itu pada tahun 2014 sebelum menyertai Hangzhou’s Dream Town tahun lalu.

from HANASUVA http://ift.tt/2nQED4X via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2oGxN6j
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.