Header Ads

Breaking News
recent

Siri Ekzema(Bahagian 1): Punca Ekzema

Majoriti ibubapa yang tidak mahu vaksinkan anak adalah kerana ditakut-takutkan dengan isu AEFI(Adverse Effect Following Vaccinations).

Adakah ia wujud? YA.
Adakah ia dinafikan? TIDAK SAMA SEKALI.

Tetapi kebarangkalian untuk anak kena panah petir adalah lebih tinggi drpd kena MAJOR AEFI(3 kali ganda to be exact)

Maka ramai yang menyatakan AEFI yang paling kerap berlaku adalah ekzema. Sejauh mana kebenaran tersebut? Adakah ia benar-benar disebabkan vaksin? Kajian telah menunjukkan ia tidak benar sama sekali. Sebab kanak-kanak yang TIDAK divaksin pun kena ekzema. Oleh itu, untuk menuduh sesuatu hanya disebabkan ia berlaku pada waktu yang sama ketika cucuk vaksin(sama macam tuduhan vaksin causes autism) adalah sesuatu yang tidak tepat. Kita harus menilai sesuatu itu secara saintifik dan objektif.

Majoriti kanak-kanak di Malaysia ini ada masalah atopy(istilah yang bermaksud keluarga besar bagi penyakit alahan). Ramai juga yang sembuh daripada masalah ini ketika membesar. 90% kanak-kanak yang mengalami ekzema ini akan sembuh sebelum sampai akhil baligh. Isu Ekzema ini juga sebenarnya tidak besar dikalangan antivax diluar negara berbanding rakyat Malaysia. Mereka lebih fokus kepada issue ‘vaccine injury’.

Ekzema ini adalah salah satu darpada penyakit hypersensitivity. Maksudnya badan kita terlalu sensitif dan akan OVER react apabila berhadapan dengan antigen/foreign object/kuman yang semuanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Terdapat 4 jenis hypersensitivity disorder(Coombs and Gell classification) iaitu:

1)TYPE 1 – Allergy ataupun dalam bahasa melayu kita kenali sebagai ALAHAN.

Dalam type 1 ini ia mempunyai pelbagai lagi penyakit seperti ekzema, asma, resdung(istilah perubatannya adalah allergic rhinitis), anaphylaxis atau severe reaction.

Bila ada bahan-bahan yang menyebabkan seseorang itu ‘allergy’, ia akan menyebabkan sel basofil iaitu salah satu sel darah putih menghasilkan kompaun bernama histamin. ‘mast cell’ juga akan diaktifkan. Kesemua proses ini adalah rumit. Tetapi pada akhirnya ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami simptom alahan.

2)TYPE 2 – Cytotoxic antibody dependent (autoimmune hemolytic anema, graves disease). Senang cerita antibodi badan kita menyerang dan memberi kemudaratan kepada sel-sel dalam tubuh badan kita

Sebagai contoh di dalam penyakit ‘autoimmune haemolytic anemia’, badan kita sendiri akan menghasilkan antibody yang akan melawan sel darah merah kita hingga menyebabkan jumlah sel darah merah berkurangan dan pesakit mengalami simptom anemia iaitu kekurangan sel darah merah

3)TYPE 3 – Immune complex (SLE, Rheumatoid Arthritis). Antibodi badan akan membentuk satu antibodi yang bergumpal dan akan masuk ke dalam bahagain organ seseorang. Gumpalan antibodi(antibody complex) ini akan menyebabakan sel darah putih yang lain menyeranga organ tersebut. Penyakit ini selalu disebabkan oleh penyakit ‘Systemic Lupus Erythematosus’(SLE). Boleh dikatakan kebanyakkan organ dalam badan ini boleh mendapat kesan daripada penyakit SLE ini.

4)TYPE 4 – cell mediated, antibody independent (contact dermatitis, organ rejection). Dalam type ini ia tidak melibatkan antibodi. Tetapi sistem imun mempunyai masalah lain dimana sel darah putih sendiri akan membunuh sel-sel di dalam badan.

Jadual ringkas yang menceritakan perbezaan diantara jenis-jenis penyakit hypersensitiviti

Oleh itu, kekerapan untuk menghadapi hypersensitivity disorder tersebut kita panggil sebagai ATOPY. Atau ATOPIC diseases yang merangkumi allergic rhinitis(resdung), asma dan ekzema.

Kebarangkalian(chances/risk factor) untuk anda mengalami atopy adalah LEBIH DARIPADA 70% kalau ada first degree relatives (ibubapa, bapa dan mak saudara, atak dan nenek, adik beradik kita). Oleh itu, ia sangat berkait rapat dengan faktor keturunan.

Kalau takda dalam keluarga sejarah alahan, bagaimana pulak? PON BOLEH KENA JUGAK. Just kalau ada dalam family history LAGI LAH SENANG KENA. Point ni yang selalu antivax tak nampak
Macam mana kita tahu itu semua? Sebab kajian telah menunjukkan certain genetik dalam DNA badan kita akan buat lebih senang terkena untuk kena atopy.

Antara gene-gene tersebut adalah:
OVOL1
ACTL9
IL4-KIF3A
FLG
ERCK

Genetik yang sudah bermasalah ini boleh diwarisi(inherited, genetic, hereditary) ataupun daripada mutasi gene yang berlaku secara spontan. Ye, boleh berlaku. Sebab kancer pun bermula camtu jugak.

Bukan bermaksud kita jadi X-Men atau mutant tapi semuanya boleh ditrace. TAK PERCAYA? Sila pergi pathology lab dan buat ujian DNA profiling. Mahal beb. Kita tak buat pun dalam kes ekzema sebab ianya tidak mengubah cara rawatan pesakit tersebut. Jangan keliru dengan allergen test(check badan allergic pada sesuatu) pulak ye. Itu lain. Itu tidak semahal DNA profiling tetapi masih dikira sebagai ujian yang mahal

Allergen test digunakan untuk mengetahui pesakit ala terhadap perkara apa?

HYGIENE HYPOTHESIS

Untuk bercerita lebih lanjut pasal hypersensitivity ni, kita kena paham apa itu konsep ‘HYGIENE HYPOTHESIS’. In simple words, kita sekarang hidup dalam dunia atau persekitaran yang terlalu bersih. Oleh itu, sistem imun akan bertindak lebih daripada sepatutnya(terhadap ancaman kuman sehingga mudaratkan diri sendiri) dan over react.

Contoh 1:
50 tahun lepas, ramai yang masih dilahirkan dan dibesarkan di kampung. Main dengan benda tak begitu bersih. Pergi sekolah jalan kaki berbatu batu. Sekolah jauh. Mandi pun belum tentu bersabun. Persekitaran juga lebih terdedah kepada alam semulajadi. Jadi tiap-tiap hari, badan kita boleh terdedah kepada 20-30 ribu antigen/kuman/benda asing. Tiap-tiap hari sebegitu.

Kanak-kanak zaman sekarang ini tidak terdedah dengan antigen yang banyak

Contoh 2:
Kanak-kanak generasi sekarang lahir di persekitaran yang lebih bersih. Pakai sabun antimicrobial. Pakai body wash. Lahir di hospital. Duduk di bandar. Tak perlu jalan kaki jauh nak pergi mana-mana. Persekitaran lebih kepada bangunan buatan manusia drpd alam semulajadi. Oleh itu, setiap hari kita hanya terdedah kepada sedikit sahaja kuman dalam 1k macam tu. Walhal badan kita berkemampuan untuk melawan atau didedahkan kpd 20k antigen.

Orang terdahulu pula terdedah dengan pelbagai antigen

Jadi apabila badan bertemu dengan sesuatu kuman yang boleh merangsang sistem imun tersebut(allergen – habuk ke, pollen ke, ubat ke), sistem imun kita yang selama ini underworking akan tiba-tiba kasi reaksi yang berlebihan. Sebab dia tak pernah pernah guna untnk 20k kapasiti itu sepenuhnya. They tend to over react.

That in essence is what hygiene hypothesis is. Disebabkan Malaysia adalah negara yang masih membangun, daripada satu generasi ke satu generasi yang lain, kita akan mengalami perubahan. Kes-kes hypersensitiviti adalah jarang sekali jumpa di dalam negara first world atau negara-negara maju seperti UK, US, Germany dan Japan. Sebab mereka sudah bergenerasi hanya diexposed pada 1k microbes setiap hari.

Di negara-negara mundur pula seperti Papua New Guinea ke, Burkina Faso ke, kes-kes hypersensitiviti juga jarang jumpa sebab mereka setiap generasi mereka sampai sekarang terdedah kepada 20k antigen setiap hari. You can google all these sendiri kalau tak percaya.

Untuk bahagia yang seterusnya, saya akan membincangkan bagaimana hypersensitiviti ini berlaku, secara spesifik untuk eczema dan melibatkan fungsi sel darah putih jenis ‘helper T cell’ yang fungsinya menjadi tidak menentu dan berakhir dengan kondisi hypersensitivity tadi. Mungkin sedikit berat, tetapi worth for reading.

Jazakumullah Khairan Khatira.

Admin DQ

References:

Nelson’s Paediatrics 20th Edition
Paediatric Dermatology, 4th Edition
Principles of Dermatology, Lookingbill and Marks
Clinical Dermatology, Frankel 3rd Edition
House Officer Series: Dermatology, Lynch
http://ift.tt/104x1gJ
http://ift.tt/vVyKTH
http://ift.tt/1MYPXDR
http://ift.tt/1RP9wkM
http://ift.tt/2pejYrN
http://ift.tt/1Yt6MwA
http://ift.tt/2pez0xB
http://ift.tt/2nrBufD
http://ift.tt/2peqX40
http://ift.tt/2nrQSca
http://ift.tt/2pelOsQ

from Root of Science http://ift.tt/2nrFsoz via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nrFlJD
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.