Header Ads

Breaking News
recent

Si Kecil Suka Beli Mainan Baru? Mari Cuba 5 Cara Ini.

Auni baru mencecah usia empat tahun. Dia gemar untuk membeli barang permainan baru setiap kali ke kedai atau pasar raya. Paling banyak yang dipintanya ialah pensel warna dan barang permainan. Puas sudah mama dan papanya memujuk dan mengatakan barang mainan yang ada masih elok, tidak perlu diganti baru.

Tetapi nasihat dan pujukan tidak memberi kesan. Sehinggakan dia mengamuk dan marah kepada  jika tidak membelikan apa yang dikehendakinya. Malah ada kalanya berguling di lantai apabila permintaannya tidak dipenuhi. Mamanya terpaksa mengambil langkah untuk mengelakkan membawanya keluar kerana tidak mahu membazirkan wang membeli permainan baru sedangkan yang lama masih elok.

Adakah situasi ini sedang berlaku kepada anda? Membelikan permainan kepada anak memang tidak salah, tapi jika setiap kali ke kedai anda perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli permainan, lama-kelamaan boleh ‘lari bajet’ mama dan papa.

Memang ada kanak-kanak yang bersikap begini. Mereka akan mengamuk atau tantrum apabila tidak boleh mendapatkan apa yang dihajati. Itu adalah cara mereka melepaskan tekanan atau stres yang dialaminya apabila si ibu tidak membelikan apa yang dikehendakinya. Si kecil juga mungkin cepat bosan dengan barang mainan yang dimilikinya. Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perkara ini berlarutan? Apa kata mama  dan papa cuba lakukan lima cara ini;

1. Ajak dia menyusun dan mengemas koleksi  mainan dan alat tulis yang dimilikinya. Luangkan masa untuk mencari semua koleksinya yang ada bersama-sama. Mustahak bagi mama dan papa untuk memastikan dia turut serta kerana dia akan melihat sendiri betapa banyaknya koleksi mainan dan alat tulis yang sudah ada.    

2. Katakanlah kepadanya “Lihat adik, banyaknya pensel warna adik. Semuanya masih elok lagi untuk adik guna. Mainan juga banyak dan masih elok. Mama rasa nanti kita gunakan pensel warna dan mainan ini dahulu. Kalau rosak barulah kita ganti baru. Allah tak suka dan tak sayang kita kalau kita membazir”

3. Wujudkan penstoran atau penyimpanan yang sistematik dan berlabel. Gunakan kotak-kotak kasut lama, bekas kuih raya lut sinar atau tin biskut untuk menyimpan alat tulisnya. Labelkan supaya dia tahu dan mudah bagi anda mengenal pastinya kelak. Begitu juga halnya untuk buku cerita, blok mainan, puzzle, set mainan masak-masak, set mainan memancing dan sebagainya.

4. Asingkan permainannya kepada beberapa set dan isikan ke dalam sebuah kotak.

5. Tukar set permainannya setiap dua atau tiga hari supaya dia tidak bosan dan keinginannya untuk membeli barang mainan baru boleh dikawal. Misalnya dua hari dia main masak-masak, dua hari lagi biarkan dia mewarnai dan melukis dan seterusnya. Sistem giliran ini boleh dicuba dan lihat perubahan sikapnya kelak.
 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2nRLhaY via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2oQdpw8
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.