Header Ads

Breaking News
recent

Lepas Bersalin, Ibu Kenalah Belajar & Rajinkan Diri Buat Teknik POWER PUMPING. Confirm, Susu Cukup!

Masalah normal ibu selepas beranak adalah risau anak tak cukup susu. Hakikatnya bukan susu tak cukup tapi ada kemungkinan ibu tak tahu cara nak cukupkan susu untuk anak. Ok, sebab itulah ibu kena rajin buat POWER PUMPING!

Tak semua ibu yang tahu tentang power pumping. Sebenarnya ini adalah teknik mengepam yang dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan penghasilan susu ibu.

Siapa yang perlukan power pumping?

1. Ibu yang kekurangan susu, yang berusaha untuk memperbanyak semula susu

2. Ibu yang ingin relaktasi atau menyusukan semula anak selepas berhenti menyusu

3. Ibu yang ingin menyusu anak angkat

Bagaimana caranya?

A) Power pumping: pam single.

5 minit kiri, 5 minit kanan, 5 minit kiri, 5 minit kanan

10 minit kiri 10 minit kanan, 10 minit kiri 10 minit kanan

B) Power pumping : pam double

5 minit pam, 5 minit rest, 5 minit pam, 5 minit rest

10 minit pam, 10 minit rest, 10 minit pam, 10 minit rest.

NOTA: Lakukan selama sejam setiap hari.

Bilakah waktu yang sesuai?

1. Sebaik-baiknya waktu malam ke subuh, pada ketika ini hormon prolaktin adalah sangat tinggi.

2. Waktu lapang

Apa yang penting, jangan stress ketika melakukannya.

Berapa lama untuk mendapat hasil?

Sekurang-kurangnya 1 minggu, jangan berputus asa walaupun hasilnya sedikit pada peringkat awal.

Usaha, disiplin, doa, tawakkal, insyaAllah ibu akan dapat hasil luar biasa!

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2og7S4l via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nkAdau
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.