Header Ads

Breaking News
recent

KAJIAN: Mereka Yang Kurang Kawan Mudah Jatuh Sakit

Kajian baru menunjukkan, rasa kesepian dan kesunyian membuatkan seseorang itu mudah jatuh sakit dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Dalam sebuah kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Health Psychology, penyelidik menilai tahap kesepian ke atas 213 orang yang sedang menghidap gejala selesama dan mengukur tahap sosial yang dimiliki oleh mereka.

Hasil kajian mendapati, mereka yang merasa kesepian mengalami gejala selesema lebih teruk berbanding mereka yang kurang merasa kesepian.

Kajian juga melaporkan, suasana persekitaran mempengaruhi kemampuan tubuh badan melawan penyakit.

Tambah kajian itu lagi, tidak kira berapa ramai kawan yang anda miliki di media sosial, jika hubungan tersebut kurang bermakna, ia tidak memberi perbezaan.

Orang yang kesepian berisiko 26% lebih tinggi mengalami kematian awal.

from HANASUVA http://ift.tt/2offxj7 via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2niwda9
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.