Header Ads

Breaking News
recent

Inilah Perkara Tersirat Yang Suami Nak Daripada Seorang Isteri, Sila Ambil Tahu!

Kadang sebab sikap suami tak suka meluah, cinta akan musnah! Ya, isteri bukan boleh tahu apa yang kaum suami nak. Serius, inilah punca utama PERANG DINGIN boleh berlaku dan lagi parah sampai ada kaum suami yang mula curang sebab sikap 'tumpang bahu' pada orang ketiga. Jadi, untuk baiki hubungan suami isteri, baca perkongsian oleh Dr Syed Yusainee Yahya ini...

Satu soalan besar yang masih misteri di dalam fikiran orang lelaki “Apakah yang lelaki mahu dan perlukan daripada wanita?” Bukan anda sahaja yang mencari jawapan kepada soalan ini. Semua wanita atas muka bumi ini juga mencari jawapan kepada soalan yang serupa.

Walaupun ramai berkata yang orang lelaki ini adalah makhluk yang mudah dan ringkas tetapi apabila anda berada dalam ikatan rasmi bernama perkahwinan dengan mereka, anda boleh keliru dan seperti tidak faham segala-galanya. Segala tentang sifat suami sebagai lelaki yang anda faham selama ini rupa-rupanya jauh berbeza. Mari saya kongsikan perkara ini dengan anda sekarang.

Selama ini anda sangka orang lelaki suka perempuan seksi. Ya betul tetapi tidak ada yang lebih seksi daripada seorang perempuan yang mempunyai rasa yakin diri yang tinggi. Sudah tentu pada usia 35 tahun ke atas, anda sudah tidak ada lagi apa yang dimiliki ratu dunia yang berumur 22 tahun. Tetapi jika anda percaya dan yakin yang anda masih cantik, masih menarik dan tidak memaksa suami menenangkan anda kerana sebutir jerawat yang tumbuh di dahi maka itulah keseksian yang semua lelaki bergelar suami mahukan.

Zaman sudah berubah. Dulu suami keluar rumah untuk berhadapan dengan segala cabaran dunia. Untuk itu mereka menuntut ketaatan yang tidak berbelah bagi daripada isteri mereka. Tidak hairan pada ketika itu emak dan nenek kita bercerita bagaimana mereka melayan bapa dan atuk kita dulu seperti raja di rumah. Sekarang sudah tidak begitu lagi. Suami mahu melihat isteri yang lebih berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

Selain daripada realiti tekanan ekonomi hari ini, isteri yang mempunyai pendapatan sendiri mempunyai kebolehan berfikir dan cekap mengurus diri yang lebih baik. Zaman suami suka isteri yang hanya tahu mengangguk kepala sudah berlalu. Mereka mahu mendengar anda boleh memberi pendapat sendiri tentang isu semasa, tentang keluarga dan tentang masa hadapan.

Kesetiaan. Jangan sangka tajuk kesetiaan ini hanya milik orang perempuan untuk menuntutnya. Dunia ini mungkin tidak adil tetapi setahu saya tidak ada suami yang boleh menerima isteri yang curang walau dengan apa alasan sekalipun. Biarpun anda kata itu satu-satunya cara untuk membalas kecurangan dia.

Memanipulasi ego

Sama ada anda suka atau tidak, saya perlu bagi tahu anda yang orang lelaki memang ada ego. Jika mereka ialah lelaki normal maka ego mereka sebenarnya lebih besar daripada tembok besar China itu. Jangan lihat ego mereka itu secara negatif kerana itu akan menyusahkan anda. Mereka mahu dengar anda memanipulasikan ego mereka. Bagaimana untuk melakukan itu? Contohnya anda boleh katakan begini...

“Saya tahu abang lelaki dan suami yang hebat. Suatu hari nanti pasti, abang akan banggakan saya dengan anak-anak dengan kejayaan abang !!”

Jika anda seorang isteri yang berkerjaya tentu anda tahu apa itu konsep kerja berpasukan. Maksudnya setiap ahli dalam pasukan tahu tugas dan peranan masing-masing. Tidak semesti sentiasa berkaitan dengan hal dalam rumah sahaja. Katalah anda merancang untuk bercuti, anda terus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk menjadikan cuti itu satu kenangan yang menggembirakan. Jika dia sedang menghadapi cabaran atau ada tugas besar, anda datang dengan kopi lalu menjadi minyak pelincir yang menenangkan fikirannya.

Satu lagi yang suami mahu daripada anda ialah sokongan dan yakin kepada dirinya. Dia masih boleh meneruskan perjuangan itu untuk anda walaupun dia sendiri mungkin sudah tidak yakin dengan diri sendiri. Namun sebaik sahaja anda mengesahkan yang anda tidak yakin lagi maka dia akan berhenti melakukan itu untuk anda. Pada ketika itu berdoalah agar dia tidak berjaya dalam perjuangan itu kerana jika dia berjaya maka anda berhutang dengan dia selagi hayat di kandung badan.
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2nfF8Jw via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2p4vrtQ
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.