Header Ads

Breaking News
recent

Siri Ekzema(Bahagian 2): Bagaimana ekzema terjadi?

Untuk mengingatkan kembali, betulkah ekzema adalah salah satu kesan Adverse Effect Following Immunization(AEFI)? Untuk membuat tuduhan tersebut kena la berfakta dan secara saintifik. The best thing about science is that IT IS TRUE even when you dont BELIEVE in it.

Seperti dalam bahagian 1, kita perlu faham bagaimana hypersensitiviti dan atopy diseases(allegic rhinitis atau resdung, asma dan ekzema) itu sendiri terbentuk dan berlaku sebelum nak tuduh apa yang menjadi PUNCA and kepadanya. Nak tuduh orang mencuri ke, orang berzina ke, orang terima rasuah ke, semua perlukan bukti dan saksi. Bukan main tuduh sahaja hanya disebabkan perkara itu berlaku dalam waktu yang sama. Macam mana boleh tuduh kalau anda sendiri tidak faham apakah itu eczema?

Bagaimanakah ekzema berlaku?

Sistem imun badan kita terdiri daripada beberapa jenis sel. Banyak jenis sebenarnya, tapi supaya yang pembaca tak muntah darah membaca artikel ini, saya akan bincanglkan 2 jenis sel sahaja yang berperanan dalam masalah ekzema:

1) B cell – humoral mediated. Sel imun ini bertanggungjawab untuk menghasilkan sel memori dan juga antibodi. Sel memori ini tiada kena mengena dengan memori yang disimpan dalam otak. Tetapi dia simpan memori yang digunakan untuk melawan jangkitan kuman. Lebih kurang dia simpan memori ataupun cara-cara bagaimana nak kalahkan kuman yang pernah dia lawan sebelum ini

Gambar rajah menunjukkan bahawa sel B menghasilkan Plasma cell yang akan menghasilkan antibodi dan juga sel memori

2) T cell – cell-mediated. Sel imun ini TIDAK menghasilkan antibodi. Ada banyak jenis tapi apa yang kita bincangkan dalam ni adalah jenis ‘helper T cell’ yang berfungsi sebagai polis. Dia akan akan mengarahkan antibodi dan sel-sel lain kearah kuman ke, antigen ke, antibodi ke. Haa keje dia arah orang suruh pergi buat kerja. Dia pun akan berjalan ke seluruh badan kita untuk membuat kerja-kerja seperti ‘guard’ yang jaga sesebuah bangunan.

T cell ini pula dihasilkan di dalam sumsum tulang(bone marrow) dan akan matang di dalam organ bernama thymus. Oleh itu, T cell ini akan melalui proses pematangan terlebih dahulu sebelum bertugas. Sebelum dia matang dia dikenali sebagai Th° sebab dia belum matang untuk bertugas.

Berdasarkan ‘hygiene hypothesis’ yang kita bincangkan dalam bahagian 1, setiap kali badan kita terdedah kepada kuman ke, antigen ke, microbes ke(mahkluk2 kecil yg tidak dpt dilihat dengan mata kasar), immune system kita akan bertindak terhadap microbes tersebut.

Disini T helper cell tadi tersebut akan matang dan melakukan pembezaan. Seseorang yang terdedah setiap hari dengan 20-30k microbes sudah tentunya reaksi badan mereka berbeza dengan mereka yang hanya terdedah dengan 1-2k microbes setiap hari. Maka development T cell itu sendiri akan berubah.

Th° ataupun pre-t cell akan bergerak daripada sumsum tulang ke organ thymus supaya ia boleh menjadi matang. Kemudian ia akan bergerak keseluruh badan mahupun tunggu di dalam kalenjar limfa

Contoh 1: Bila biasa terdedah dengan pelbagai microbes 20-30k sehari, Th° tersebut akan akan differentiate to Th1. Th1 ni bagus sebab sila ingat semula function T cell tersebut. Kerja dia cari microbes, dah tu panggil sel-sel imun lain utk lawan microbes, bagitahu B cell buat antibodi untuk lawan. Kemudia bila dah habis lawan dan settle kerja tersebut, dia juga yang akan suruh sel-sel itu balik rumah. Jangan lepak situ dah atau jangan buat keje takde pekdah kat lokasi tersebut. A good differentiated type of cell.

Contoh 2: Bila hanya exposed tiap-tiaphari dengan 1-2k microbes(walaupon berkemampuan nak handle 20-30k), T cell yang akan melawan akan melakukan pembezaan dan berubah kepada Th2. Th2 ni kasar skek. Dia buat juga apa kerja Th1 tapi bila dah abeh kerja, dia tak halau sel-sel tu balik umah atau dia biar je sel-sel tu lepak situ. Th2 juga akan panggil sel-sel imun lebih banyak, lebih ganas dan lebih cepat berbanding Th1 walaupun kuman yang datang tu 2-3 ekor je. Tapi dia bawak satu kampung. Haa. Nakal dia ni.

Dia ni juga lah yang menyebabkan hypersensitivity disorder tersebut sebab tak dapat nak berhentikan sel imun yang lain drpd over reacting atau sensitive sangat. Dalam eczema ini lah yang berlaku!

Th2 sel akan menyebabkan pengaktifan ‘mast cell’ dan penghasilan IgE. Inilah yang menjebabkan penghasilan ekzema kepada kanak-kanak

Haa thymus ni pulak(yang merupakan dimana T cell mature) akan mula mengecut dan tidak berfungsi menjelang kanak2 tersebut akil baligh(puberty). T cell selepas umur itu mostly akan develop dan lepak dalam lymph node yang terdapat diserata tubuh badan kita. Oleh itu, dia takkan senang-senang develop drpd Th° kepada Th2 berbanding ketika mereka matang di dalam thymus.

Organ thymus terletak diantar jantung dan juga tulang dada kita. Ia akan mengecut ketika meningkat dewasa

Sebab itu jugalah kebanyakan mereka(90%) yang mengalami eczema tiada lagi eczema selepas mencapai umur puberty tersebut. Ya memang bukan semua(100%). Masih ada segelintir yang mempunyai masalah tersebut hinggalah dewasa ataupun remaja. Itu adalah kerana masih terdapat lagi perkembangan dan role of Th2 in promoting the hypersensitivity reaction.

Kenapa anak pertama selalu dapat ekzema berbanding anak yang seterusnya?

Bahagian lain dalam ‘hygiene hypothesis tersebut adalah dimana anak yang lebih besar ataupun anak suling lebih tinggi risiko mempunya ekzema. Ia disebabkan anak pertama atau anak tunggal, persekitaran mereka jauh terlalu bersih atau tidak terdedah(parents yang dah ada anak sendiri boleh lihat phenomena ini). Anak pertama ditatang bagai minyak penuh.

Oleh itu, semua perkara akan dibuat dengan kemas dan sangat bersih. Sama mcm anak tunggal. Berbanding pula mereka yang ada adik beradik dimana anak pertama dilindungi, anak kedua atau ketiga pula diexposed kepada adik beradik mereka sendiri yang belum tentu bersih(sebab dah besar) maka mereka lebih diterdedah dengan persekitaran dan manusia sendiri yang jauh lebih banyak kuman berbanding mereka yang merupakan anak pertama ataupun anak tunggal.

Sebab itu kita dapat lihat anak pertama dan anak tunggal mereka yang mempunyai lebih banyak kes atopy. Terutamanya ekzema. Tetapi benda ini disalah faham oleh golongan antivax. Mesti pernah dengar mereka berkata:

“Anak first full vacc ada eczema”
“Anak second separuh vacc takde eczema”
“Anak ketiga tak vacc langsung takde eczema”

Pernah baca kan? Mereka wrongly associate vaccine and the onset of eczema walhal perkara itu sudah pun dikaji dan dibuktikan secara saintifik.

Sebab kenapa permulaan eczema berlaku pada umur yang spesifik pulak, saya akan jelaskan pada bahagian 3, dimana kita akan bincangkan masalah eczema itu sendiri, macam mana nak kenal, macam nak bezakan, macam mana nampak macam ekzema tapi yang buat teruk tu bukan kerana hypersensitiviti dan beberapa perkara lagi

Jazakumullah Khairan Khatira.

Admin DQ

References:
Nelson’s Paediatrics 20th Edition
Paediatric Dermatology, 4th Edition
Principles of Dermatology, Lookingbill and Marks
Clinical Dermatology, Frankel 3rd Edition
House Officer Series: Dermatology, Lynch
http://ift.tt/1vaYQhP
http://ift.tt/104x1gJ
http://ift.tt/2pfPfe4
http://ift.tt/1Io2OwR
http://ift.tt/1meXH3j
http://ift.tt/1VvnAm7

from Root of Science http://ift.tt/2pg8Hav via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2okT7gB
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.