KAJIAN: Belia Tak Kisah Gaji Kecil Asalkan Kerja Mudah
Rata-rara belia hari ini lebih gemar memilih pekerjaan mudah selesa walaupun hanya ditawarkan gaji rendah.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R Vidyananthan berkata, sebenarnya terdapat pelbagai peluang pekerjaan bergaji tinggi yang memerlukan tenaga berkemahiran seperti jurukimpal, jurutera dan pendawai.
Namun, golongan muda kini lebih suka memilih bidang kerja yang mudah kerana tidak mahu bekerja di bawah panas terik matahari.
Tambahnya lagi, anak muda hanya mahu bekerja dengan selesa di bawah penghawa dingin walaupun ditawarkan gaji rendah.
“Pemikiran golongan itu menjadi cabaran cukup besar. Kerja mengubah persepsi ini bukanlah mudah, tetapi kita tidak akan menyerah dan ia memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak,” katanya.
Sumber: Bernama
from HANASUVA http://ift.tt/2oOys1k via IFTTTfrom Gedebak Viral http://ift.tt/2o0OI2l
via IFTTT
No comments: