Header Ads

Breaking News
recent

Kalau Jenis Perangai Macam Ini... Itu MUNAFIK namanya!

Nampak orang buruk sikit, terus mengata dan jaja cerita tak elok. Bajet hanya diri dia sempurna dan baik. Itulah realiti kehidupan hari ini, lagi teruk ada yang jenis nampak alim tetapi bab mengata orang... dasyat! Haaa... itulah golongan munafik. Nak tahu lebih jauh tentang sikap ini, baca sedikit perkongsian dari Dato' Dr. Haji Juanda Haji Jaya ini...

“Ooo Pah, kau tau tak? Perempuan bertudung labuh tu rupa-rupanya yang kebas laki aku. Sanggup turun naik ofis laki aku minta sedekah dengan muka alim konon, mesej tengah malam bangunkan tahajud konon lepas tu rilek je pergi oversea berkapel dengan laki orang.” (Mesej Minah kepada Tipah dalam grup emak-emak kacak)

Alamak! Apa nak jadi wanita zaman sekarang, betapa kerosakan akhlak menjangkiti mereka tanpa boleh disekat lagi. Perangai tak malu, tamak harta, mengagungkan kecantikan, menzalimi wanita lain, merosakkan rumah tangga orang, menyemarakkan pergaulan bebas, mencicip zina dengan cara sembunyi-sembunyi. Sedihnya bila yang melakukan semua itu adalah mengaku alim, bertudung, bersuara lantang dalam hal agama tapi apabila dia bersendirian menipulah kerjanya dan bermaksiat itulah kegemarannya.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Aku benar-benar melihat di antara umatku pada hari kiamat nanti, ada yang datang dengan membawa kebaikan setinggi gunung Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikannya seperti debu yang berterbangan. Tsauban (sahabat) berkata: Ya Rasulullah terangkanlah kepada kami siapakah mereka itu agar kami tidak seperti mereka kerana kami tidak mengetahui. Baginda bersabda: “Mereka adalah saudara-saudara kalian dan sebangsa dengan kalian, mereka juga bangun malam beribadat seperti kalian, akan tetapi apabila mereka bersendirian mereka melakukan maksiat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah disahihkan oleh syeikh al-Albani)

Wanita berlagak alim menjadi igauan seram para mangsa yang pernah tertipu oleh perangai munafiknya. Akhirnya rosak sudah imej wanita Muslimah disebabkan kemunafikan segelintir wanita kaki tembelang. Berniaga modalnya hanya pakai jubah, tak serik menipu sana-sini. Menggoda lelaki yang diminati tanpa segan silu menggunakan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi, kononnya bercinta di jalan Allah. Akhir sekali apabila sudah terkena rasukan iblis tidak takut lagi bercinta atas katil suami orang, nauzubillah! Mengapakah wanita sekarang ramai yang berpenyakit tidak malu? Ditambah lagi penyakit itu dengan jangkitan munafik yang kronik!

Bagaimanakah mahu menyembuhkan wanita-wanita ahli maksiat yang berlagak imannya hebat? Mengapa mereka merasa aman daripada perbuatan terkutuk yang dilakukan, apakah kerana mereka tertipu hasutan syaitan yang menyatakan rahmat Allah lebih luas dari murkaNya? Betul, tapi ia hanya untuk orang-orang yang bertaubat nasuha bukan untuk orang-orang yang mempermainkan taubat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri segera mengingati Allah lalu memohon ampun atas dosa-dosanya dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat: 135)

Tidak Takut Dosa

Sering kali wanita yang mengaku alim tapi berperangai jahil ini tiada rasa takut apabila berterusan melakukan kemunafikan. Seperti orang yang takut makan cili bila sudah hari-hari buat sambal rasa sedapnya akan menutupi ketakutannya daripada penyakit buasir. Bila buat dosa mula-mula memang takut tapi bila sudah terbiasa bermaksiat ia akan menjadi nikmat pula di hati yang bernajis sebegitu.

Betapa sifat munafik itu amat merbahaya, dia mahu menipu Allah dan manusia tetapi sesungguhnya dia sudah tertipu oleh dirinya sendiri. Amal yang dikumpulkannya sebesar gunung akan diterbangkan angin seperti debu apabila dia berada di mahkamah akhirat nanti.

Wanita-wanita yang menipu Allah ini memiliki ciri-ciri seperti berikut:

1. Berbeza hati dan lidahnya

Al Hasan Al Bashri mengatakan,

“Di antara tanda kemunafikan adalah berbeza antara hati dan lisan, berbeza antara sesuatu yang tersembunyi dan sesuatu yang nampak, berbeza antara yang masuk dan yang keluar.” (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 2: 490)

2. Berlagak baik

Sebahagian ulama salaf mengatakan,

“Khusyuknya orang munafik, jasad terlihat khusyuk. Namun hati tak ada kekhusyukan.” (Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, 2: 490)

3. Lidah berilmu, jasad bermaksiat

Umar al Khattab r.a pernah berkhutbah di atas mimbar,

“Yang aku khawatirkan pada kalian adalah orang berilmu yang munafik. Para sahabat lantas bertanya: “Bagaimana boleh orang berilmu yang munafik?” Umar menjawab, “Dia berkata perkataan hikmah, namun malangnya dia melakukan kemungkaran.” (Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, 2: 490)

4. Mengaku beriman malas beramal

Hudzaifah r.a ditanya mengenai apa itu munafik, beliau menjawab,

“Ia menyifati diri beriman namun tak ada amalan”. (Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, 2: 490)

Setelah menyelami selok belok hal ehwal kemunafikan yang melanda wanita, apakah kita telah meneliti satu persatu sifat dalam diri? Munafikkah aku? Ya Allah ampunilah kami!

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2nKYe7h via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2optMCs
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.