Header Ads

Breaking News
recent

Ketahui 5 Tip Keselamatan Buat Mak-mak Yang Sendirian Bawa Anak Ke Pasar Raya

Bila suami anda bekerja dan terpaksa ke outstation, anda pula perlu ke pasar raya dan membawa anak-anak yang ramai. Allah… mana nak jaga anak, mana nak beli barang.

Mak anak 6 ini, Zaila Mohamad berkongsi tip keselamatan dan cara yang boleh mak-mak boleh praktik kalau dah terpaksa sangat keluar ke kedai atau pasar raya dengan ditemani anak-anak yang berderet.

Jangan Kongsi Status / Lokasi

Sebelum keluar memang aku akan bagitahu anak-anak suruh mereka bersiap. Setiap anak memang ada tugasan masing-masing. Contohnya Haziq akan siapkan adik-adik (pastikan adik-adik terutamanya si Aaliyah pakai kasut)

Husna akan siapkan botol air masak sebagai bekalan (nak jimat kan) dan sudah pastilah yang 3 orang lagi si Ashraf, Azzam & Arman memang tukang buat mama naik darah aje!

Sebelum keluar, hantar Whats App pada en suami bagitahu mahu keluar dan doakan kami anak beranak. Aku memang tak akan kongsikan lokasi atau gambar bila berada di luar, apabila sudah balik ke rumah baru muat turun gambar ke dalam Facebook.

Ini sebagai langkah privasi dan menjaga keselamatan keluarga juga. Kalau boleh duit ambil siap-siap dah, nak pergi ke pasaraya memang perlukan duit dan memang aku takde lah nak ambil duit di Plaza GM kalau hari cuti (sebab ramai orang beratur dan selalu kena cas RM1.06 sebab keluarkan guna mesin ATM MEPS) Ha ha ha Berkira!!

Jelaskan Undang-Undang (Rules) Kepada Anak-Anak

Alhamdulillah, walaupun pergi ke lubuk mainan (mana taknya kat situ segala jenis pemborong barang mainan ada) anak-anak tidak pernah mengamuk atau buat drama menangis berguling-guling atas jalan sebab nak kan mainan.

Sesekali ada lah bila Azzam Haneef tu yang minta belikan mainan tapi aku selalu buat tak layan. Anak-anak aku memang tak diajarkan dengan beli mainan sebab awal-awal lagi aku dah bagitahu yang "KITA AKAN KE GM KLANG SEBAB NAK BELI BARANG MAMA".

Lagipun, aku tegaskan bahawa baik beli makanan daripada mainan. Ha ha ha Cuma kadang-kadang tu beli juga mainan kecil-kecil buat mereka untuk bagi semangat terutamanya Haziq yang banyak berkorban untuk jaga adik-adik.

Sebenarnya banyak lagi undang-undang seperti tak boleh beli jajan, tak boleh beli kasut roda, tak boleh beli Lego yang kadang-kadang membuatkan mereka putih mata sahaja melihat pameran mainan di sana :)

Kalau ke pasaraya seperti Subang Parade atau Aeon Big aku selalu jelaskan pada mereka yang aku hanya bawa RMXX jadi tak boleh nak beli barang yang bukan dalam senarai.

Kelihatan kejam tapi yang bagusnya mereka faham! Kalau yang sulung faham maka mereka akan menerangkan pada adik-adik dan mengelakkan adik-adik dari buat perangai juga.

Sentiasa Bersedia

Apabila kita seorang yang membawa kanak-kanak riang, maka kena sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang ada. Selalunya sebelum keluar pastikan mereka sudah makan kenyang-kenyang kemudian ada makanan sebagai umpan untuk anak-anak duduk diam di dalam kereta.

Perjalanan dari rumah ke Plaza GM Klang mengambil masa 20 minit sahaja. Selalunya di dalam kereta, sambil memandu aku akan membebel (lebih kepada memberi nasihat kepada anak-anak supaya memudahkan urusan mama nanti).

Sebelum keluar rumah juga aku akan Whats App pembekal untuk bungkus siap-siap barangan nanti. Jadi, apabila sampai memang terus tuju ke kedai pembekal sahaja.

Alhamdulillah setelah bertahun selalu berkunjung ke Plaza GM Klang, jadi aku sudah tahu lokasi parking yang sesuai untuk ibu anak ramai iaitu di bahagian parking bawah tanah sebelah lif.

Jadi, setiapkali berkunjung ke sini terus parking keluar kereta dan menuju ke atas kedai pemborong. Kalau pasaraya lain pun aku akan pastikan pergi ke tempat yang aku sudah biasa laluan dan lokasinya.

Macam semalam parking bawah tanah sebenarnya sudah penuh, jadi terpaksalah aku berlegar-legar sekeliling kawasan Plaza GM Klang tu. Alhamdulillah berkat doa anak-anak, sekejap sahaja pak guard datang buka untuk masuk parking ke kawasan tersebut.

Setkan "Buddy System" Untuk Anak-Anak

Sewaktu bekerja dahulu, semasa latihan kebakaran (fire drill) kami akan diberikan senarai nama pasangan kita iaitu dinamakan "buddy system" di mana jika berlaku kebakaran kita harus berlari turun ke tempat lapang dan cari di mana buddy kita berada.

Selalunya orang yang bekerja satu jabatanlah kan supaya senang nanti nak cari. Jadinya untuk anak-anak aku pun sama jugalah ; Haziq akan melihat Aaliyah, Husna pastikan Ashraf & Azzam berada dalam kawalan dan baby Arman aku yang jaga.

Tapi tengok keadaan juga, selalunya memang kena sentiasa lihat mereka, maklumlah Ashraf dan Azzam boleh tahan aktif juga, nak berlari lah, berlumba-lumba nak tekan lif.

Ya Allah memang kus semangat nak kejar mereka. Waktu macam ni memang tak boleh nak leka dan jangan nak mengadap telefon aje.

Selalunya kalau kami masuk lif, mata-mata lain akan kira berapa orang dan kalau ada makcik-makcik akan menegur "meriahnya pasukan" takpun ada yang akan cakap "ramainya anak". Alhamdulillah aku terima aje, rezeki dan amanah dari Allah.

Haziq dan Husna memang banyak membantu dalam menjaga adik-adik. Untuk pengetahuan, aku ni seorang ibu yang garang juga, selalunya mereka berdua lah yang akan kena bebel sehingga lama kelamaan mereka faham akan tugas.

Tapi ada masa mereka juga selalu buat perangai tapi selalunya lepas kena marah (marah di sini bukan pukul tapi kena bebel) mereka akan minta maaf dan berubah jaga adik-adik.

Jangan Lepasi Limit Masa

Selalunya kalau keluar bersama dengan en suami ke pasaraya bersama anak-anak pun, kami memang ada had masa iaitu jangan lebih dari sejam kecuali kalau nak makan memang akan bertambah sejam lagi.

Bukan apa, awal-awal sampai mereka akan berlari-lari kejar-kejar sebab terlalu teruja, kemudian tenaga mereka akan semakin berkurangan. Haaaa kalau sudah melepasi fasa lebih sejam, mulalah yang akan merengek lapar, sakit kaki dan tak kurang juga buat drama.

Jadi, untuk mengelakkan berlakunya kejadian sebegini, aku memang tak akan berada di Plaza GM Klang tu lebih dari sejam

Sebab itu, aku selesa berurisan dengan satu kedai pemborong sahaja. Datang ambil barang bayar dan turun ke aras Ground untuk beli makanan buat mereka kemudian terus balik.

Kalau ke pasaraya aku suka ke Subang Parade sebab tak sesak dengan anak-anak muda. Sesuai sangat untuk keluarga yang mahu santai-santai, kalau bawa mereka aku akan singgah ke MPH mencari buku kemudian mencari roti di kedai Roti Boy.

Semudah begitu aje untuk menggembirakan mereka. Anak-anak aku ni asalkan dapat keluar dari rumah pun sudah "enjoy"!

Selalunya selepas sampai di rumah baru aku akan muat turun gambar atau berkongsikan status di Facebook. Bukan mudah untuk berniaga apabila kita tiada pembantu dan anak pula ramai berderet.

Sewaktu Arman masih kecil aku memang berehat sebentar dari berniaga dan banyak fokus pada jaga anak-anak sahaja. Yang penting diri kita juga harus sentiasa positif dan tidak terlalu bergantung pada suami

Sedikit pun aku tak rasa hebat tetapi sangat bersyukur kerana pengalaman ini banyak mematangkan diri sendiri tapi ada lah sesekali mengadu domba penat pada en suami. Ha ha ha Biasalah itu strategi untuk menagih simpati ;)

Itu sahaja yang aku mahu kongsikan. Buat surirumah, perkasakan diri dan jangan takut untuk berubah! Anak ramai bukan halangan untuk kita keluar rumah bersiar-siar.

Dengan persiapan yang rapi, insya Allah segalanya akan dipermudahkan Allah. Sementara masih dalam cuti sekolah ini, jom bawa anak-anak ke perpustakaan atau kedai buku. Pasti mereka akan gembira :)


 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2omREad via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nquCun
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.