Header Ads

Breaking News
recent

Lakaran Ini Dari Lubuk Hati Seorang Bapa Yang Memiliki Anak Autisme Comel. Cukup Sebak!

Lakaran ini bukanlah dari seorang anak autisme. Tetapi ia adalah lakaran dan luahan hati seorang bapa, Zulkha yang memiliki seorang anak autisme comel bernama Zulkharnain.

Lakaran-lakaran ini menceritakan antara cabaran hidup yang telah kami lalui. Hanya secebis coretan dari berjuta kisah didunia berkaitan autisme.

Untuk ibu bapa yang senasib, mengurus anak autisme sememangnya mencabar.

1. Tidak kenal erti bahaya.

2. Jika ingin mendapat sesuatu, Khar9 akan tarik tangan aku tanpa bercakap.

3. Ujian pendengaran adalah antara prosuder yang perlu dilakukan. Kaedah ABR terpaksa digunakan untuk Khar9 kerana dia tidak memberi kerjasama untuk prosuder biasa. Khar9 ditidurkan. Bagaimanapun tidak semudah itu untuk membuatkannya tidur. Ambik masa juga.

Pabila dah tidur rasa risau kalau dia tersedar ketika ujian. Bagaimananapun, alhamdulillah, sebaik sahaja selesai ujian barulah dia sedar dan terus tantrum. Dah agak dah.

4. Tidur dah tak lena. Setiap malam Khar9 tidur lewat. Kebiasaannya antara jam 1 hingga 3 pagi. Pernah juga nak masuk subuh baru nak tidur. Mata ibu bapa mana yang tak bengkak?

Datang lewat ke pejabat dah jadi rutin. Tulikan sahaja telinga apabila dimarahi bos. Pabila datang awal, terasa nak tidur pulak. Maafkan saya bos.

5. Telinga anak diperiksa oleh pakar ENT sebelum ujian pendengaran dilakukan.

6. Adakalanya, aku hilang sabar. Aku hanya manusia biasa. Ya Allah, berikan aku kesabaran yang luar biasa.

7. Berat untuk menerima kenyataan anak disahkan ASD &ADHD.

Kebetulan, tarikh itu adalah hari jadi aku. Mungkin ini sebenarnya adalah hadiah dari Allah yang masih aku belum fahami maksud tersiratnya. Aku perlu bersabar. Suatu hari aku akan faham.

8. Sepi di dunianya sendiri. Izinkan aku untuk masuk ke dunia itu untuk menemanimu.

9. Latihan motor kasar dan halus penting untuk mereka. Yang pernah ikut program lawatan KAA mesti tau tempat ini.

10. Terokailah dunia yang indah ini. Mudah-mudahan akan ketemu apa yang kau cinta.

11. Pencapaian besar kalau anak dah berjaya toilet training. Hati mak bapak akan mekar berbunga-bunga.

12. Tuhan menduga kita, tapi jangan lupa, anak kita lebih menderita.

13. Pakar psykiatric. Aku sangat kuatir setiap perkataan yang keluar dari mulut doktor itu. Satu persatu aku hadam. Risau sesuatu yg sukar aku terima.

14. Memang ada yang prihatin dalam keadaan mata lain yang menjeling.

15. Aksi kejar mengejar. Berlari pantas adalah kebolehan yang mesti ada pada ibu bapa super. Tak lupa juga buat atuk dan nenek ye. Kesian.

16. Apabila usianya lebih 2 tahun, perkembangannya agak berbeza berbanding kanak-kanak lain yang seusia.

Antara perkara paling ketara dan amat merunsingkan kami adalah dia belum pandai bercakap, tidak memberi tindak balas apabila nama dipanggil, gemar bersendirian, sangat aktif, tidak kenal takut atau bahaya dan  rutin tidur malam yang agak lewat. Perkara ini juga memberi kesan pada kehidupan kami sekeluarga.

17. Semakin meningkat usia, semakin banyak kelakuan pelik yang timbul dan persoalan diminda kami pun turut bertambah.

Akhirnya, diusia 2 tahun 6 bulan kami sekeluarga sepakat membawanya ke klinik

kanak-kanak di sebuah hospital swasta di Kuching.

18. Ilmu tentang Autism kene cari. Baru boleh uruskan semua dengan baik. Rajin-rajin le baca buku, research lam internet, kursus dan apa sahaja yang berkaitan. Kalau ikut kepala sendiri saja risau sesat jalan. Sebab kita bukan dilahirkan terus pakar tentang autisme.

19. Sekiranya kita sebagai ibu bapa menerima dengan ikhlas anak syurga tanpa syarat, sepertimana perasaan kita mula-mulamenyambut kelahiran mereka, insha-Allah, Allah pasti akan menyediakan sesuatu yang baik. Jika tidak di dunia pasti di akhirat.  

Mana mungkin Allah menganiaya org yang redha. Terimalah seadanya dengan ikhlas.

Anak, kasih sayang bapa tidak pernah berubah. Jika itu mulanya, akhirnya juga tetap begitu.

Bagaimanapun, percayalah... Tuhan menduga adalah kerana untuk melihat sejauh mana keimanan kita sebenar. Mungkin inilah cara tuhan memuliakan kita. Bertabahlah, lambat laun pasti ada juga sinar yang akan menunggu. Jika bukan didunia, pastinya diakhirat.

Akhir kata, mudah-mudahan usaha kecil saya ini mampu memberi manafaat dan kesedaran masyarakat tentang autisme.

Untuk makluman, karakter komik ini adalah hasil usaha kreatif Zulkha atau nama sebenarnya FAIZUL BIN KHALID utk menterjemah tentang liku-liku kehidupan keluarga yang membesarkan anak autisme. Cuma dalam karakter komik ini lebih kepada penceritaan seorang bapa. Biasanya kita mendengar dari pihak ibu tentang kepayahan dan pengorbanan menjaga Anak Istimewa ini tapi kali ini kita boleh lihat pengorbanan seorang bapa pula. Beliau terpksa menjual alat muzik beliau demi anaknya. Moga perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama yg ada masalah anak istimewa ini.

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2nNyd95 via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2n0I0K6
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.