Header Ads

Breaking News
recent

Mengamuk isteri 'tak bagi', suami ugut bunuh isteri & anak-anak


JEMPOL, NEGERI SEMBILAN - Seorang peneroka mengamuk kerana permintaannya untuk melakukan hubungan seks ditolak oleh isteri, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 10.15 malam, Jumaat lalu, suspek yang mengamuk turut mengugut mahu membunuh isteri serta anak-anaknya, selain memecahkan pinggan mangkuk dan pasu. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 57 tahun sebelum itu mengajak isterinya mengadakan hubungan seks pada malam kejadian, namun dikecewakan. 

"Disebabkan itu, suspek mengamuk dan merosakkan beberapa barangan dalam rumah. Dia turut memecahkan akuarium sambil mengugut membunuh isteri dan anaknya," katanya. 

Takut dan bimbang dengan keselamatan diri keluarga, isteri suspek membuat laporan polis di Balai Polis Ladang Geddes, jam 10.50 pagi keesokannya. 

Bertindak di atas laporan, polis telah menahan suspek pada hari yang sama di rumah mereka pada jam 1.30 tengah hari. 

Siasatan awal polis mendapati, isteri suspek yang menolak melakukan hubungan seks berikutan sudah membuat permohonan cerai dan perlu tampil ke mahkamah pada esok (hari ini). 

"Amukan suspek turut disaksikan semua anaknya yang kini berada dalam keadaan trauma. 

"Suspek direman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2nMOGst via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2orznIy
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.