7 Aktiviti Ini Nampak Kolot.. Tapi Boleh Bantu Anak Abaikan Gajet
Inginkan anak yang lebih aktif, kreatif dan juga lebih sihat? Caranya mudah sahaja kurangkan waktu anak-anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka. Zaman sekarang kalau tak ada gajet tak tengok TV boleh jadi katak bawah tempurung.
Tapi terlalu sangat didedahkan dengan alat-alat elektronik pun tak bagus juga untuk kesihatan mereka. Ketahui tip untuk anda kurangkan aktiviti mereka di hadapan televisyen dan juga gajet, siapa tahu dapat membantu:
Basuh Kereta, Bacakan Buku Resipi
Libatkan anak anda dalam aktiviti seperti membuat kerja rumah, sediakan makan malam atau sebagainya. Anak anda boleh membantu suami membasuh kereta atau tolong ibu bacakan resipi untuk hidangan makan malam nanti.
Siapkan Lukisan
Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka punya masa lapang. Contohnya siapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf. Ia dapat membantu mereka untuk serlahkan bakat sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.
Main Papan Kad, Teka Ejaan
Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja tentu menggembirakan mereka. Bermain bola di luar rumah atau badminton juga pasti buat mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
Bercakap-cakap.. Mak-mak Pun Kalau Ada Gajet Di Tangan Dah Tak Bercakap Dengan Anak!
Anda juga perlu kurangkan penggunaan gajet. luangkan masa bersama anak-anak dan bukan hanya tumpukan perhatian terhadap facebook, instagram, twitter dan blog sahaja. anak-anak juga perlu dilayan bercakap supaya mereka rasa lebih dihargai.
Main Layang-layang
Tanya anak apa yang mereka ingin buat selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada. Ke taman di waktu petang atau bermain layang-layang tentu mengujakan mereka.
Main Sorok-sorok
Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanak membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.
Menari, Menyanyi Dan Belajar Bahasa
Pastikan anda punya masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau pelajari bahasa baru bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu.
Pasti menyeronokkan.
from Gedebak Viral http://ift.tt/2otSsdi
via IFTTT
No comments: