Header Ads

Breaking News
recent

Umur 2 Tahun Lengkaplah Gigi Susu Anak, Sebelum Rosak Belajar 8 Tip Jaga Giginya Dari 'A To Z'

Ibu bapa memainkan peranan utama dalam menjaga gigi si kecil. Paling penting mulakan ia dari awal supaya menjadi rutin yang boleh diamalkan sehingga mereka meningkat usia. Nak tahu macam mana cara untuk jaga gigi anak sejak usia muda mereka? Ikuti tip di bawah ini.

  • Untuk bayi yang belum tumbuh gigi, sebaiknya ibu membersihkan gusi bayi setiap kali selepas minum susu atau sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Bagi bayi yang menyusu pula, jangan biarkan anak-anak anda menyusu terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan rampant caries ( gigi berlubang dan hitam pada bahagian atas)
  • Selepas minum susu (untuk bayi berumur enam bulan ke atas), berikan anak minum air putih. Tujuannya untuk membilas mulut daripada bakteria sebelum ini. Jadikan juga amalan untuk anak-anak yang lain supaya kerap minum air putih.
  • Bagi si kecil yang berusia dua tahun dan lengkap gigi susunya, berikan berus gigi yang sesuai dengan usia mereka. Gunakan juga ubat gigi tanpa fluorida kerana mereka masih belum pandai meludah.
  • Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Setiap pagi selepas bangun tidur dan juga sebelum masuk tidur.
  • Bawa berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali.
  • Kurangkan makanan bergula.

* Ajar Teknik Memberus Gigi Dengan Betul:

  1. Dengan meletakkan berus gigi 45 darjah pada permukaan luar gigi belakang sebelah kiri, gerakkan berus gigi dalam gerakan membulat. Pastikan memberus gigi dan terutamanya di mana gigi bertemu gusi.
  2. Dengan gerakan membulat ini, perlahan-lahan gerakkan berus gigi sehingga ke gigi hadapan. Jangan terlalu cepat dan pastikan anda ambil masa hingga hilang semua plak dan kotoran. Teruskan memberus sehingga ke gigi belakang di sebelah kanan. Ulang cara yang sama untuk gigi bawah.
  3. Beruskan bahagian belakang gigi yang berdekatan lidah untuk gigi atas dan bawah.
  4. Seterusnya berus bahagian gigi yang mengunyah makanan                        
  5. Bersihkan berus gigi, letak pada lidah dan berus lidah secara lembut kerana lidah juga tempat banyak mengumpul bakteria.
     

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2ou2lr6 via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nPfFUi
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.