7 Karektor Istimewa Ini Menjadi Milik Anak Pertama. Cuba Perhatikan Anak Anda
Kehadiran anak pertama selalunya paling tak sabar dinantikan oleh ibu dan ayah. Segala kasih sayang dan perhatian dicurahkan sepenuhnya kepada anak pertama.
Anak pertama membesar sebagai anak yang kadangkala mempunyai tingkah laku lain daripada yang lain.Tetapi biasanya perlakuan tersebut akan berubah bila dia sudah mempunyai adik beradik lain, sehingga kasih sayang yang pada awalnya tertumpu kepada anak pertama perlu dibahagi sama rata dengan adiknya. Hal ini yang membentuk keperibadian anak pertama sehingga kelihatan pelik dan berbeza dengan anak yang lain.
Anak pertama mempunyai beberapa keunikan tersendiri berbanding adik-beradik yang lain. Mereka selalunya mempunyai beberapa sifat seperti bercita-cita tinggi, bertanggungjawab serta sifat-sifat positif lain. Berikut adalah beberapa fakta anak pertama yang jarang disedari oleh orang lain.
Namun demikian biarpun dikatakan pelik dan berbeza, sikap yang dimiliki oleh si anak biasanya dipengaruhi oleh didikan kedua ibu bapanya.
1. Mudah belajar perkara baru
Anak pertama selalunya lebih pintar berbanding adik-beradik lain. Mereka selalunya menjadi pelajar yang mudah mempelajari sesuatu yang baru. Mereka mendapat kelebihan berbanding adik beradik lain kerana sebaik ibu ayah memberikan sempenuh tumpuan dan perhatian dalam semua aspek termasuk rangsangan awal perkembangannya. Dengan kata lain, keterujaan ibu dan ayah yang pertama kali bergelar ibu bapa memberi kelebihan kepada anak pertama.
2. Sangat berdikari
Sekiranya dalam usia masih kecil mereka sudah mempunyai adik maka ciri-ciri berdikari anak pertama sangat terserlah. Secara semula jadi anak pertama perlu menjadi individu yang pandai berdikari apatah lagi ketika itu perhatian ibu ayah lebih tertumpu kepada adik baru. Tidak hairanlah anak pertama lebih matang dan berdikari dalam banyak hal apabila mereka semakin besar kelak.
3. Lebih kreatif
Maksud anak pertama lebih kreatif adalah sangat luas. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana sifat kreativiti tidak dipengaruhi oleh urutan kelahiran seseorang. Tetapi bila diperhatikan kebanyakan anak pertama mempunyai ciri-ciri lebih kreatif berbanding anak yang lain.
Kreativiti mereka terbentuk kerana sudah terbiasa dengan permasalahan yang dihadapi sejak kecil. Anak pertama adalah seorang problem solving yang handal dalam menyelesaikan masalah. Oleh kerana itulah anak pertama mempunyai kreativiti yang tinggi berbanding anak yang lain.
4. Mudah empati pada orang lain
Sifat ini mungkin atas dasar tanggungjawab terhadap adik-adiknya. Kerana itulah anak pertama boleh memberikan perhatian lebih terhadap orang lain. Selain itu rasa empati yang tinggi juga membuatkan anak pertama lebih mudah memahami perasaan orang lain. Biasanya walaupun mereka agak garang dan tegas pada adik-adik yang lain tetapi cepat rasa kasihan dan sedih apabila adik-adiknya dimarahi oleh ibu atau ayah.
5. Bertanggungjawab tapi mudah stres
Ibu dan ayah selalunya akan menekankan sifat tanggungjawab lebih kepada anak pertama berbanding anak yang lain. Ia bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga kepada adik-adiknya. Oleh kerana sifat itulah anak pertama akan mengejar kesempurnaan dalam setiap tugasnya sehingga mudah merasa tertekan.
6. Ketua yang bercita-cita tinggi
Sebagai anak pertama yang sudah terbiasa dengan tanggungjawab menjaga adik-adiknya membuatkan ciri kepimpinan ada dalam diri mereka. Oleh itu tidak hairanlah kalau anak pertama selalu kelihatan lebih menonjol di sekolah sehingga sering dilantik untuk memimpin sesebuah persatuan atau aktiviti.
Sifat kepimpinan mereka ini sangat bagus jika disalurkan kepada sesuatu yang positif seperti memberi ilmu tentang kepimpinan dan berbagi info lain menyokong kemampuan mereka memimpin. Dengan cara ini mereka mampu menjadi bakal pemimpin yang hebat dalam keluarga, masyarakat bahkan negara satu hari nanti.
7. Mudah terkena penyakit
Ciri ini mungkin dari sisi negatif dari anak pertama iaitu daya tahan tubuh yang agak lemah sehingga cenderung mudah diserang penyakit terutama masalah alergi. Ini telah dibuktikan secara ilmiah menerusi kajian yang mendapati gen ibu bapa yang diturunkan kepada anak pertama cenderung menurunkan keadaan tersebut.
Biasanya anak pertama mempunyai beberapa alergi tertentu. Kepada ibu bapa yang baru mempunyai anak sebaiknya elakkan anak dari tempat atau individu yang berpotensi menyebarkan virus atau bakteria yang berbahaya kepada kesihatan anak pertama anda.
Adakah ada karektor anak pertama di atas sama dengan sifat anak anda?
from kanak-kanak http://ift.tt/2oz49wr via IFTTTfrom Gedebak Viral http://ift.tt/2o0VqVL
via IFTTT
No comments: