Ramai orang kedekut dengan ibu bapa sendiri, sebab itu kehidupan & rezeki mereka 'sempit'
SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH
Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu. Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.
Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya. Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah. Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti "Rijal" pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana'ah dan Allah limpahkan barakah.
Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman. Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan. Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman. Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan. Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar "dengan orang lain" juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya. Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama. Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
Semuanya dah terlambat.
- Sejak awal lagi kau salah kira.
- Sejak awal lagi kau terlibat riba.
- Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
- Sejak awal lagi kau makan semua benda.
- Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korbankan duniamu, sudah-sudahlah mengejar dunia yang tidak berkesudahan. Takkan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa? Sekurang-kurangnya balaslah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanjalah mereka makan, bawa mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, minta doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah, Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.
Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibu bapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawa awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawa ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, sudahlah tengah gawat.
Tapi tak. Orang munafik yang tak ada iman saja akan berfikir begitu. Orang beriman pula diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa? Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapa korang untuk satu bulan? Ekstrim, kan? Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa?!
Okey, kita turun sikit. Pernah tak masukkan not biru RM50 dalam tabung masjid? Not biru memang selalu. Tapi bukan RM50. RM1 saja. Tengok tu, kedekut, kan? Selepas itu mengadu pada Allah.
"Kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup. Ini semua mesti salah Najib!"
Orang yang berkira-kira dengan Allah, Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ini sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kiralah dengan ibu bapa kita. Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun suami isteri kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
Gembirakanlah ibu bapamu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibu bapamu, mereka sudah menjaga kau dari kecil, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapa. Patutnya sebagai anak, kita memudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukannya menjadikan mereka sebagai bibik.
Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.
Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan Raja Lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti. Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Kemudian bajet soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.
Di luar sana, memang ramai orang 'kaya'. Tapi majoritinya kaya palsu. Rumah besar, kereta mewah tapi semuanya hutang. Hutang riba pula tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
Dan itulah kehidupan yang kau kejar, yang penuh tipu daya, bajet diva tetapi penuh riba. Aku sikit pun tak hairan pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu yang kau cari? Hingga tanggungjawab kau abai? Mak bapa kau hambakan? Anak-anak tidak diberi agama? Allahu. Inilah syurga dajjal yang nabi dah peringatkan kepada kita 1,400 tahun dahulu.
"Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka."
Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibu bapaku dengan baik. Merekalah syurgaku dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya.
from The Reporter http://ift.tt/2o0Ktne via IFTTTfrom Gedebak Viral http://ift.tt/2or7tN1
via IFTTT
No comments: