Header Ads

Breaking News
recent

10 Fakta ‘Pelik Tapi Benar’ Mengenai Korea Utara

Dalam banyak-banyak negara yang sering menjadi impian untuk dikunjungi, hampir pasti dalam senarai itu tiada negara yang bernama Korea Utara.
Mengapa agaknya?
Dikenali sebagai negara yang mengamalkan pemerintahan diktator, kita lihat 10 fakta luar biasa mengenai negara itu.

1. Penggunaan ganja dihalalkan

Siapa sangka meskipun mengamalkan pemerintahan kuku besi, mereka menghalalkan penggunaan ganja (sama seperti beberapa negeri di Amerika Syarikat yang merupakan musuh utama mereka!)

2. Tiada unsur demokrasi

Pilihanraya tetap dijalankan seperti negara lain namun perbezaan paling ketara ialah mereka hanya keluar mengundi satu calon sahaja.

3. Stadium terbesar dunia

Meskipun dianggap tersisih daripada hubungan luar, namun Stadium Rungnado May Day merupakan stadium terbesar di dunia dengan berkapasiti 150,000 tempat duduk.

4. Akordian merupakan alat muzik utama

Mungkin tidak ramai yang mengetahui apakah alat muzik ini sebenarnya? Ia merupakan gabungan piano yang menggunakan tekanan angin bagi mengeluarkan bunyi.
Pada era 90-an semua tenaga pengajar ddiwajibkan untuk mempelajari instrumen ini.
Percaya atau tidak, kebanyakkan daripada rakyat Korea Utara merupakan akordionis.

5. Tiada istilah kebebasan beragama

Korea Utara langsung tidak menyokong kebebasan beragama meskipun dalam perlembagaan negara itu ada menyatakan perkara tersebut.

6. Filem Godzilla versi Korea Utara

Kerana terlalu meminati filem Godzilla, pemerintah utama, Kim Jong-il dikatakan telah menculik pengarah filem Korea Selatan, Shin Sang-ok bersama isterinya  pada tahun 1978  dan memaksa Sang-ok menghasilkan Pulgasari (sebuah filem Godzilla versi Korea Utara). Filem itu turut mempromosikan propaganda Jong-il.

7. Kim Jong-il peminat minuman brandi

Dilaporkan pemimpin besar negara itu mengimport USD763,000 (RM3.2 juta) cognac setahun sekaligus membuktikan dia meminati brandi.

8. Celik huruf

Meskipun dianggap sebagai negara yang tertutup, namun kadar celik huruf Korea Utara dilaporkan setaraf dengan negara besar seperti Amerika Syarikat!

9. Murid perlu membayar untuk setiap kemudahan di sekolah

Dilaporkan, setiap murid dikenakan pembayaran sekiranya mahu menggunakan kemudahan seperti meja dan kerusi.

10. Separuh populasi hidup dalam kemiskinan terlampau

Separuh daripada 24 juta rakyat Korea Utara dikatakan hidup dalam taraf kemiskinan terlampau. Bermakna, kebanyakkan daripada rakyat Korea Utara tidak memiliki kemudahan asas seperti air dan elektrik. Pada masa sama, Pyongyang merupakan negeri yang hanya didiami oleh golongan kaya.
Sumber: Majalah Eh
from HANASUVA http://ift.tt/2oBcvCN via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2ojIDvw
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.