Header Ads

Breaking News
recent

Ohsemnya'Pallet Garden' Brader Gombak Ni, Siap Bagi 4 Idea Berkebun Gaya Urban Lagi!

Dulu, Jeffri Jefisz tinggal di apartment dan belum kenal geng kebun. Hujung tahun lalu, dia join grup Kebun Bandar: Jom Tanam sendiri. Rumah barunya di Gombak pun sudah ada laman. Semangat dari geng kebun membakar semangatnya.

Dalam tempoh tak sampai setahun terhasillah 'Pallet Garden' dari koleksi kayu pallet, botol mineral dan bahan-bahan menjimatkan.

Ada 50 jenis tanaman dalam kebun tepi rumah Semi D setingkat ini. Antaranya herba Inggeris;rosemary, thyme, dill, sage, oregano, parsley dan herba Melayu; kunyit, pandan, limau purut, serai, kesum malah sayuran; pak choy, cili padi, sawi bunga, tomato.

Bina Pallet Garden Cara Jeffri

1. Sediakan net (jaring) supaya kayu lebih tahan lama dan tak mudah mereput.

2. Sebelum pilih kayu pallet, pastikan kayu itu tak dijangkiti anak-anai.

3. Pastikan susunan pokok-pokok bersesuaian dan menerima pencahayaan matahari yang mencukupi.

4. Sediakan pasu kayu pallet jenis yang mudah alih. Nanti mudah untuk anda ubah-ubah mengikut tumbesaran tanaman dari masa ke semasa. 

Pokok Akan Subur Kalau...

  • Sentiasa pastikan air dan cahaya matahari mencukupi.
  • Gunakan baja yang sesuai secara berkala.
  • Jaga tanaman jangan sampai dijangkiti penyakit dan diserang serangga perosak.

Ada Juga Tanaman Tak Jadi

“Ya, memang ada tanaman yang tak menjadi. Terutama sayuran yang jenis sensitif. Ada yang perlukan cuaca yang sejuk seperti salad. Herba-herba Inggeris juga agar rumit dan perlukan penjagaan yang rapi. Tapi saya tak pernah putus asa. Jika gagal sekali, saya cuba pula menanam guna kaedah lain.

“Sebelah pagi sebelum pergi kerja, saya akan siram pokok. Petangnya, saya siram semula lepas pulang daripada kerja.Kalau tak menang tangan minta bantuan isteri. Anak pun sama membantu. Kena ajar berkebun dari kecil. Secara tak langsung, suntik minat anak menanam."

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2nUm2aY via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nGgkaO
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.