Header Ads

Breaking News
recent

KAJIAN: Bergantung Pada GPS Boleh Rosakkan Otak?

Pepatah dahulu ada mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Orang dulu-dulu kalau nak cari jalan kena tengok peta atau pun bertanya pada orang berhampiran.

Negara makin maju dan teknologi makin pesat. Ia sekaligus menyebabkan manusia terlalu bergantung pada alatan elektronik Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk mencari jalan ke sesuatu tempat.

Namun kajian terbaru mendapati, kesan penggunaan terlalu kerap dan bergantung harap pada alat GPS akan mematikan bahagian otak yang digunakan untuk kemahiran navigasi.

Kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal ‘Nature Communication’, penyelidik mendapati otak berfungsi dengan aktif apabila seseorang itu menggunakan segala kemahiran navigasi sewaktu mencari lokasi tertentu.

“Apabila kita mempunyai teknologi memberitahu ke mana arah yang harus dituju, bahagian-bahagian otak tidak akan bertindak-balas dengan keadaan sekeliling.

“Keupayaan untuk peka terhadap alam sekeliling telah hilang kerana terlalu bergantung harap pada gps,”kata salah seorang penyelidik.

Penggunaan gps yang kerap juga mempunyai kesan jangka panjang dimana pengguna akan sukar untuk melalui jalan-jalan yang biasa dilalui tanpa menggunakan bantuan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

from HANASUVA http://ift.tt/2nhkvrH via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2mQjWtu
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.