Header Ads

Breaking News
recent

Jaga-jaga! Salah Luah 4 Jenis Ketakpuasan Hati Ini, Boleh Buat Suami 'Meletup'

Apabila suami ada depan mata, ada sahaja perkara yang boleh buat anda mengamuk. Tapi bila dia outstation sehari pun, rasa dah rindu sangat, macam dah bertahun tak jumpa. Inilah yang dikatakan ‘dekat bercakar, bila jauh dari mata, rindu bertandang’.

Kadang-kadang, bila bercakap, anda tidak sedar, ia boleh melukakan hati suami. Sedangkan niat anda hanya untuk bercerita. Nak tahu, apa cara yang boleh membuatkan suami anda terluka:

Semua Salah Suami

  • Anak malas kemaskan barang mainan. Letak barang bersepah-sepah, suka kumpul barang yang terpakai dan sebagainya.
  • Semuanya anda salah suami kerana anak-anak ikut sikapnya yang tidak berdisiplin. Mengatakan sikap negatif anak dengan membandingkan dengan suami boleh kecilkan hatinya.

Gosip Tentang Suami

  • Pastikan urusan rumah tangga hanya anda berdua saja yang tahu. Jangan sesekali burukkan suami dengan orang lain. Kadang-kadang, anda suka bercerita pada adik-beradik. Memanglah rasa perkara tu biasa tetapi, jangan sampai emosi suami anda tiba-tiba meletup.

Suka Mengeluh Depan Suami

  • Mulanya, anda hanya meluahkan perasaan pada suami tentang cerita di pejabat atau jiran yang suka buat ‘mesyuarat tingkap’ atau anak-anak yang buat perangai.
  • Tapi bila sampai ke telinga suami, dia pula yang beri nasihat. Makin bertambah geram pula isteri. Anda tak puas hati dan mula salahkan suami yang kononnya tak prihatin dengan kisah anda, Hati-hati bila nak mengeluh lebih-lebih tentang orang lain.
  • Bukannya suami tak prihatin, bila dia mendengar masalah anda, dia pun terbabit sama dan dia pun pening kepala sama. Jadi cuba-cubalah kawal emosi dan jangan bebankan emosi suami.

Anggap Tak Pandai Urus Rumah

  • Tinggalkan anak-anak dengan keadaan rumah yang kemas. Balik sahaja, bersepah rumah seperti tinggal 10 orang. Begitu juga bila memasak, habis satu dapur berminyak.
  • Bersabar... Janganlah mengeluh atau membebel, sekurang-kurangnya suami membantu anda dalam hal rumah tangga.
  • Seburuk-buruk suami uruskan rumah tangga, hargailah usahanya!

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2o4VWTb via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nhGLTd
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.