Header Ads

Breaking News
recent

5 Aktiviti Di Luar Rumah Ini Patut Anda Lakukan Bersama Si Manja, Kalau Nak Anak Bijak!

Jangan biarkan anak anda terperap di rumah dengan gajet di tangan atau menonton televisyen seharian di rumah sahaja. Banyak aktiviti lain yang boleh anda lakukan bersama si manja. Tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar tetapi manfaat yang diperoleh sangat besar dan mampu merangsang minda si kecil. Jom ikuti lima cadangan aktiviti ini.

1. Kutip daun dan bunga
Kutip pelbagai daun dan bunga. Setelah itu, kira bilangan yang telah dikutip. Sambil berseronok, anda dapat mengajar anak tentang nombor.  
 
2. Melompat
Dengan tidak memakai kasut, biarkan si kecil anda melompat di atas rumput. Pastikan ia rumput yang selamat dan tidak terdapat objek tajam yang boleh mencederakan kaki si kecil.

3. Cop kaki
Sediakan kertas putih bersaiz besar dan sapukan beberapa jenis pewarna bukan toksik yang berbeza pada tapak kaki si kecil. Biarkan anak anda berjalan di atas kertas.  Pasti dia teruja apabila melihat cop kakinya ada pada kertas itu.  

4. Main sembunyi-sembunyi
Anak akan gembira untuk mencari anda di sebalik celah rimbun pokok atau kerusi rehat di halaman rumah. Apabila dia berjaya mengesan anda, terus memeluknya sebagai tanda, dia berjaya.

5. Baring bersama
Sesuai dilakukan awal pagi sebelum cahaya matahari memancar. Anda dan si kecil duduk menghadap hadapan dan bercakaplah dengannya sambil menghirup udara pagi yang segar.
 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2nAYEPk via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2oicDI8
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.