Header Ads

Breaking News
recent

“Hantaran Dulu RM13k, Tapi Sekarang Jadi Janda”

Kalau sebelum ini, nama gadis ‘anak mami’ Farah Elmo menjadi bualan ramai selepas videonya viral di media sosial.

Kali ini muncul pula video seorang wanita dari Kelantan yang menasihati golongan wanita supaya tidak meletakkan hantaran terlalu tinggi.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Nurul Adeline Daud, dia berkongsi pengalamannya yang pernah mendirikan rumah tangga, namun perkahwinannya tidak bertahan lama.

Dalam video tersebut, Nurul Adeline mengatakan tiada guna jika wanita itu meletakkan hantaran tinggi sehingga menyebabkan bakal suami terbeban dengan hutang atau mempunyai suami yang panas baran.

“Hantaran mahal tak guna kalau dapat suami yang panas baran, pukul isteri dan curang. RM20K, RM30K tak guna dik kalau sepanjang hidup merana.

“Tengok contoh seperti kak, akak ni seorang janda, tiada anak. Kak nikah hantaran RM13,188 sebab sempena dengan tarikh lahir akak 13.1.1988. Tapi kesudahannya, suami panas baran, curang dan kaki pukul,” katanya.

“Hantaran mahal itu kalau awak (berperangai) molek, tak selfie, tak gila publisiti murahan di Facebook, atau molek-moleklah (sifat baik lain)… rasanya ada orang (lelaki) yang sanggup bayar (hantaran) RM20K, tapi cermin diri dululah sebelum nak minta orang (bayar hantaran) mahal-mahal.

Nurul Adeline turut menasihati golongan wanita supaya memikirkan masa depan dan bukannya hanya melihat kepada jangka masa pendek dengan meletakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga akhirnya membebankan kedua-dua pasangan.

Sumber: Malaysia Digest

from HANASUVA http://ift.tt/2nOksaN via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2ob2TSH
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.