Header Ads

Breaking News
recent

"Biarlah Mulut-mulut Jahat Nak Labelkan Kami Mak Ayah Yang Gemar Tayang Anak Di Media Sosial..."

Biar pun ramai netizen tidak bersetuju apabila Lara Alana atau panggilan manjanya Lara terlalu didedahkan di media sosial, bagi Scha Al Yahya dan Awal Ashaari merasakan sebaliknya.

Perwatakan Lara yang aktif, lincah dan periang membuatkan ramai yang menyukai dia. Jadi, Scha menganggap apa salahnya setiap momen yang mereka lalui bersama Lara dikongsi dengan masyarakat.

“Lara mudah bergaul, setiap kali jumpa orang, Lara akan cakap hai sambil tersenyum. Sebenarnya perkara ini sukar untuk dibentuk di kalangan kanak-kanak. Jadi melihat Lara seorang yang peramah dan people person di usia sepertinya membuatkan saya tidak memikirkan perkara-perkara negatif yang lain.

Jadi biarlah mulut-mulut jahat yang ingin melabelkan mereka sebagai ibu bapa yang gemar tayang anak di media sosial kerana kami tahu apa yang berlaku sebenarnya.

http://ift.tt/2ngJEmk

Realitinya dalam dunia selebriti, sememangnya ada segelintir artis yang ingin halang anak-anak mereka daripada terlalu terdedah dengan dunia glamor dan media. Tetapi, pengakhirannya tetap juga anak akan terdedah dengan cara lain seperti menerusi perkongsian di media sosial seperti Instagram dan Facebook. Golongan artis sememangnya tidak boleh lari daripada perkara ini.  

“Sebenarnya kita tidak perlu terlalu berjaga-jaga kerana kita tahu semua orang sayangkan Lara dan ingin tahu perkembangan tentang dia. Sebab itu kami sering berkongsi apa yang Lara lalui setiap hari dengan peminat.

“Apatah lagi bagi situasi kami berdua, sejak awal lagi bermula dari berkawan, bercinta hinggalah berkahwin, kami kongsi segala-galanya dengan peminat. Kenapa tiba-tiba bila dah ada anak, kami tak mahu kongsikan perkara dan momen indah ini bersama peminat,” terang Scha lagi.




 

Baca di website

from cerita cover http://ift.tt/2ngOC2e via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nA0dNs
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.