Header Ads

Breaking News
recent

Amyra Yang Berisi, Amar Pula Yang Kemaruk

Tahniah diucapkan buat sweet couple Amar Baharin dan Amyra Rosli yang baru-baru ini telah mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata. Pasangan yang bernikah pada 11 November 2016 tahun lalu sememangnya tidak pernah merancang dan berasa sangat bersyukur di atas pemberian Allah ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan dalam laman Instagram baru-baru ini, Amyra baru-baru ini dirawat di sebuah hospital. Seperti mana yang dipetik menerusi sebuah portal berita, Amar memberitahu isterinya mengadu sakit perut  sehingga terpaksa dibawa ke sebuah hospital swasta di ibu negara bagi mendapatkan rawatan.

Awalnya pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin tak mahu beritahu pada umum berita bakal kehadiran cahaya mata yang bakal menceriakan alam rumah tangga mereka.

"Tapi lepas beberapa hari, saya dimasukkan ke hospital. Keadaan itu membuatkan saya terpaksa cancel semua job. Atas nasihat doktor, kami maklumkan juga berita itu.

"Saya boleh lalui keadaan macam biasa, simptom morning sickness pun belum ada lagi. Cuma sebelah pagi dia dah mula tak lalu makan langsung," akui Amyra ketika ditemui wartawan Mingguan Wanita baru-baru ini.

"Alhamdulillah, kehadiran ini rezeki. Apa yang saya mahukan cuma nak jaga keselamatan dan kesihatan isteri saya. Doa saya agar bayi dalam kandungan Amyra selamat dan cukup sifat."

"Sebenarnya sebelum tahu mengandung, Amyra sangat lasak. Kebetulan kami ikuti satu aktiviti yang memerlukan dia panjat gunung dan bukit. Jadi bila dah tahu mengandung dan terkenang kembali aktiviti yang dah dilakukan, Amyra jadi speechless. Kalau boleh biarlah dia berehat dari lakonan sampai dia betul-betul selamat melahirkan." Jelas Amar Baharin.

"Saya tak kisah bayi yang bakal lahir ini lelaki atau perempuan. Cuma bila tahu saya mengandung, dia yang mabuk. Lately ni, dia yang nak makan itu, makan ini," jelas Amyra bahagia.

Akui Amar, perubahan itu barangkali disebabkan dirinya yang begitu prihatin dengan kesihatan isterinya. Kadangkala dia pula yang akan menasihati Amyra agar lebih berhati-hati dan minta Amyra berjalan tidak sederas selalu.

Mingguan Wanita mendoakan semoga pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin melalui fasa-fasa kehamilan dengan selamat dan bahagia.

FOTO: INSTAGRAM AMAR BAHARIN

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2nrYLN4 via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2n8nHWq
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.