Header Ads

Breaking News
recent

Mufti: Menjaga & Menyelamatkan Anjing Dapat Pahala

PETALING JAYA: Islam tidak melarang umatnya memelihara anjing malah menggalak untuk berbuat baik kepada binatang itu walaupun terdapat peraturan penyucian.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor berkata, manjaga binatang termasuk anjing dengan niat memberi bantuan juga akan mendapat pahala dan termasuk dalam kategori amal kebajikan.

“Asasnya dalam agama Islam kita tidak ada larangan malah digalakkan kita buat baik kepada binatang termasuk menjaga anjing sakit, maknanya ia mendapat pahala juga.

“Zaman nabi dulu yang diceritakan dalam hadis, orang yang banyak dosa tiba-tiba dia nampak anjing haus lalu dia cabut sepatunya dan mengambil air dan beri minum kepada seekor anjing, maka malaikat mengampunkan dosa dia kerana perbuatan itu,” katanya.

Beliau berkata apa yang membezakan pemikiran manusia adalah dari segi mazhab sahaja, melibatkan soal penyucian, kerana anjing tergolong dalam kumpulan najis berat.

Beliau berkata demikian mengulas segelintir umat Islam di Malaysia yang menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada anjing.

Baru-baru ini, media melaporkan seorang remaja Norashikin Ahmad yang menjaga kira-kira 150 ekor kucing dan 50 anjing terbiar di Melaka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut menyokong pendapat tersebut. Islam juga membolehkan anjing dipelihara bagi tujuan tertentu seperti kawalan keselamatan, pemburuan dan sebagainya.

from HANASUVA http://ift.tt/2nIeQyL via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nwCr4U
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.