Header Ads

Breaking News
recent

Mitos-mitos Berkaitan Menstruasi

Berikut adalah mitos-mitos berkaitan haid atau menstruasi yang biasa didengari. Mungkin anda juga biasa mendengarnya, bukan?

Kitar haid yang NORMAL adalah 28 hari

Kitar haid setiap wanita adalah berbeza-beza. Tempoh yang biasa adalah antara 28 – 35 hari. Malah kadang-kala, tempoh antara satu kitaran haid dengan kitaran haid yang lain bagi seorang individu juga mungkin berbeza. Keadaan ini adalah dipengaruhi oleh kesihatan, stress, pengambilan makanan dan ubat-ubatan, aktiviti, tidur yang terganggu dan pelbagai sebab yang mengganggu hormon dan keadaan tubuh anda. Jika kadang-kala haid anda lewat beberapa hari berbanding sebelumnya, janganlah terlalu risau. Ia normal.

Image result for menstrual cycle phases

 

Anda tidak boleh bersenam ketika haid

Tidak benar sama sekali. Sebenarnya, aktiviti sukan dan beriadah mampu melegakan sedikit kekejangan otot dan ketidakselesaan akibat haid. Beberapa kertas kajian juga melaporkan bahawa aktiviti riadah secara rutin mampu mengurangkan dysmenorrhea (period pain) dengan signifikan.

Related image

fitnesslord.com

Minum air panas atau meletakkan botol air panas di abdomen akan mempercepatkan aliran darah haid

Aliran darah haid anda tidak dapat dipercepatkan atau dilambatkan dengan aktiviti meletakkan air panas atau sejuk. Haid adalah darah yang terhasil dari runtuhan lapisan endometrium, proses ini tidak berbalik dan tidak dapat dikembalikan setelah ia berlaku. Jadi darah akan terus mengalir sehingga sisa tisu dan darah tersebut keluar dari uterus. Namun, pengambilan air panas, meletakkan botol berisi air panas atau mengenakan ‘heat-patch’ dibahagian abdomen mampu mengurangi kekejangan otot uterus. Ini sekaligus memberikan keselesaan dan mengurangkan kesakitan akibat menstruasi anda.

Image result for severe menstrual cramps

 

Tidak boleh membasahkan rambut ketika haid

Tiada sebarang sebab menghalang anda membasahkan dan mencuci rambut ketika haid. Malah, mandi dengan air yang hangat amat memberikan keselesaan dan membantu untuk anda berasa relaks. Aktiviti ini juga membantu untuk mengurangi kekejangan otot dan ‘period pain’ yang anda alami. Penjagaan kebersihan diri juga amat penting, terutama ketika haid.

Image result for hot bath

 

Anda tidak akan mengandung jika melakukan aktiviti seks ketika haid

Sebenarnya jika anda melakukan aktiviti seksual ketika ini untuk mengelakkan kehamilan, salah! Anda masih berpeluang untuk hamil. Kebanyakan wanita akan mengalami ovulasi dalam tempoh dua minggu selepas hari pertama haid. Namun, anda boleh mengalami ovulasi lebih awal. Malah, sperma juga boleh hidup dalam tubuh wanita selama 3 -5 hari selepas aktiviti seksual berlaku. Jadi, walaupun anda melakukan aktiviti seksual sebelum tarikh ovulasi, ada sperma yang masih berada di tubuh dan mampu bersenyawa dengan ovum.

Image result for accidental pregnant

Darah haid adalah ‘darah kotor’ yang keluar untuk membersihkan tubuh

Darah haid adalah terdiri dari tisu lembut lapisan endometrium, salur-salur darah kecil dan darah dari lapisan endometrium yang runtuh apabila tiada persenyawaan berlaku. Bukan seperti darah bekam, bukan juga darah segar seperti darah yang mengalir dari luka. Baca Period ke?

Image result for endometrial lining

Imej dari Hops & Hopscotch

PMS atau sindrom sebelum menstruasi cuma perasaan semata-mata

Oh tidak! Perubahan hormon yang mendadak, peningkatan oestrogen dan progesterone menyebabkan keadaan tubuh sedikit berubah. Kadang-kala sebelum mengalami haid, payudara akan berasa sangat sensitif dan sakit, kembung perut, pening kepala, kejang otot, perubahan mood dan emosi… Semua ini berlaku serentak dan menyumbang kepada keadaan yang sangat tidak selesa. Siapa yang tak emo??

Image result for menstrual cramps comic

Anda akan hilang dara dengan menggunakan tampon

Pemakaian tampon mungkin akan mengoyak sedikit lapisan hymen (selaput dara). Namun, selaput dara mungkin cukup elastik untuk membenarkan tampon masuk. Selaput dara setiap individu tidak sama, ada yang kuat dan ada yang cuma lapisan nipis. Lagipun, selaput dara tersebut memang sepatutnya mempunyai ruang lohong untuk membenarkan darah haid keluar dari serviks. Jadi tidak ada masalah untuk seorang gadis menggunakan tampon. Dara adalah status, ia bukan ditentukan oleh kewujudan selapisan tisu di vagina!

Penulis: Cisplatin

(rujukan: http://ift.tt/2oFrbki, http://ift.tt/2nRuXtU)

from Root of Science http://ift.tt/2oFrawK via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2ohXCcL
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.