Header Ads

Breaking News
recent

Perkembangan anak saya ni NORMAL ke?

Antara persoalan yang sering diutarakan oleh ibubapa adalah adakah perkembangan anak2 mereka itu normal bersesuaian dengan umur mereka. Perkara ini juga dikenali sebagai developmental milestones/DM(perkembangan awal/penting). Perkara ini boleh dibahagikan kepada beberapa komponen penting:

1) Gross Motor(pergerakan kasar) – boleh duduk sendiri, boleh jalan sendiri

2) Fine Motor(pergerakan halus) – capai objek, pindahkan objek dari tgn ke tgn

3) Speech/language/communication (pertuturan) – dia babble(cakap bahasa dia sendiri), tunjuk kepada objek

4) Social(interaksi dengan orang lain) – senyum tgk muka yang selalu dilihat, boleh tenangkan diri sendiri

5) Cognitive(pemikiran) – focus kpd muka orang, bermain dengan mainan


Semua tanda2 ini boleh dilihat dalam buku kanak2 anak anda(yang mempunyai rekod imunisasi tu). Apa yang perlu diingatkan adalah ianya hanyalah merupakan ANGGARAN(rough estimation) terhadap perkembangan anak. Bukan absolute(kepastian) dan ianya hanya digunakan sebagai screening(saringan) sekiranya terdapat masalah perkembangan. Komponen yang paling sensitif adalah sekiranya anak masih tiada lagi tanda2 atau sudah berupaya untuk berjalan menjelang umur 18 bulan(seluruh dunia tidak kira bangsa lebih kurang sama), pemeriksaan lanjut yang teliti perlu dilakukan segera.

Antara salah faham yang sering berlaku berkenaan DM ini pula ianya merupakan satu kayu pengukur atau penanda aras KEPANDAIAN. Tidak tepat ya kerana perkara2 bukan untuk menilai intelligence(kebijaksanaan) anak tersebut! Apa yang boleh dinilai adalah adakah kanak2 tersebut BOLEH atau TIDAK BOLEH buat. Perkara ini penting sebab semua kanak2 yang dilahirkan mampu melakukan perkara2 tersebut(melainkan dilahirkan dengan sesetengah penyakit kongenital tertentu). Kenapa kita nak nilai?

1) Daripada apa yang dia boleh buat dan tak boleh buat, kita boleh nilai sama ada perkembangan organ2 seperti otak, otot dan banyak lagi berkembang selaras atau tidak dengan umur. Contohnya kalau nak guna ibu jari tangan, itu memerlukan bahagian otak(frontal lobe) sudah berfungsi dengan bahagian otak2 lain(sel2 otak berhubung antara satu sama lain so to speak) yang bertepatan pada waktunya iaitu sekitar umur 7 bulan keatas.

2) Kalau tidak, adakah kerana mempunyai masalah2 organik seperti masalah jantung ke, otak ke, darah ke. Sama ada yang dilahirkan sebegitu atau hadir selepas lahir.

3) Kalau takde masalah organik, adakah kanak2 tersebut tidak dapat lakukan sebab kurang ransangan atau neglected(ibubapa tak ambil kisah)

4) Penilaian juga dilakukan supaya dapat dilihat sama ada kanak2 itu mempunyai keupayaan tapi ada masalah melakukan(contoh nak duduk tak boleh sebab tulang pinggang tak berapa sempurna)

5) Sekiranya terdapat sebarang kekurangan keupayaan, kita boleh melaksanakan aktiviti intervention(campur tangan) seperti memberikan lebih ransangan atau perkenalkan aktiviti2 specific. Contohnya anak masih belum belajar merangkak sebab ibubapa asyik dukung sahaja, setiap kali bayi itu tidak tidur. Macam mana nak dia nak belajar kalau tidak cukup ‘tummy time’ untuk menerokai semua itu sendiri.

Sebab itu perkara ini jauh lebih PENTING sebab semua perkara ini akan menjadi ASAS yang digunakan untuk seumur hidup kanak2 tersebut. Tak perlu risau apa orang lain kata atau heboh tentang anak2 mereka mampu membaca pada umur 2 tahun atau mengira. Itu semua ada masanya. Yang paling penting patut diberi penekanan ialah bagaimana mereka menggunakan tubuh badan(sensorymotor) dan adakah mereka menerima ransangan yang bertepatan(kalau asyik mengadap handphone/ipad memang takkan stimulate buat benda lain. InsyaAllah semua perkara ini akan dibincangkan lagi dengan lebih lanjut pada post2 seterusnya.

from Root of Science http://ift.tt/2ogCWhH via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2ngUDvT
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.