Header Ads

Breaking News
recent

Period ke?

Setiap wanita yang telah akil baligh pasti melalui haid setiap bulan. Namun, adakah anda mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sepanjang kitar haid anda?

 

Mari kita imbas bersama-sama…

KITARAN HAID

Panjang kitaran haid bagi seorang wanita adalah berbeza-beza. Kitaran haid bagi kebanyakan wanita adalah dalam lingkungan 28 ke 35 hari. Kitaran ini dikira bermula hari pertama seorang wanita mengalami haid hingga hari terakhir sebelum haid seterusnya. Setiap kitaran haid adalah persediaan bagi wanita untuk menghadapi persenyawaan dan kehamilan.

Image result for menstrual cycle phases

Imej dari menstrupedia.com

Kitaran haid wanita boleh dibahagikan kepada empat fasa utama:

  • Fasa Menstruasi (haid)
  • Fasa folikular
  • Fasa ovulasi
  • Fasa luteal

 

FASA MENSTRUASI

Seperti yang telah dinyatakan di atas, hari pertama menstruasi adalah hari pertama bagi kitar haid. Pada ketika ini, ramai wanita yang mengalami ketidakselesaan; bukan sahaja kerana darah haid tersebut, tetapi juga ramai yang mengalami kejang otot dan kesakitan di bahagian abdomen dan pelvis.

 

Related image

Imej dari Zeenews.com

 

Keadaan ini adalah disebabkan penurunan paras hormon oestrogen dan progesterone secara mendadak. Ia juga disebabkan keadaan mekanik fisiologi otot rahim yang mengalami kontraksi untuk cuba membantu tubuh mengeluarkan serpihan-serpihan endometrium keluar.

 

Image result for menstrual cycle phases

Imej dari yalemedicalgroup.org

Ya. Darah haid anda sebenarnya terdiri dari serpihan-serpihan tisu lembut endometrium, iaitu bahagian tisu dalam otot rahim. Ia juga terdiri dari salur-salur darah kecil yang tumbuh bersama tisu lembut endometrium tersebut. Secara purata, seorang wanita mengeluarkan anggaran 10 – 80 mL ‘darah’ haid.

 

FASA FOLIKULAR

Pada ketika haid juga, tubuh anda bersedia untuk menjalani kitar seterusnya. Kelenjar pituitary di otak akan mula merembeskan hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone, FSH). Hormon ini berfungsi untuk merangsang ovari menghasilkan telur atau ovum matang.

Related image

 

Hormon FSH akan merangsang beberapa folikel di ovari pada satu satu masa. Setiap folikel ini mengandungi telur yang tidak matang (primary oocyte). Namun, hanya satu folikel akan berkembang secara dominan dan mencapai tahap matang (secondary oocyte) untuk dilepaskan keluar dari ovari.

Related image

 

Proses pematangan ini juga penting bagi penyediaan uterus (rahim) jika berlaku persenyawaan. Folikel yang sedang matang diselaputi oleh sel theca yang merembeskan hormon oestrogen. Semakin besar folikel berkembang, semakin banyak sel theca dihasilkan, maka semakin tinggi hormon oestrogen dalam tubuh kita.

 

Related image

 

Peningkatan hormon oestrogen ini adalah penting untuk penebalan tisu endometrium di uterus. Semakin tinggi hormon estrogen, semakin tebal tisu endometrium tersebut. Tisu endometrium ini kaya dengan salur darah kecil yang sangat penting apabila persenyawaan berlaku. Gamet yang telah bersenyawa akan menempel pada dinding uterus yang tebal dan kaya dengan salur darah ini untuk berkembang menjadi embrio.

Image result for menstrual cycle diagram

FASA OVULASI

Apabila folikel telah matang menjadi oosit sekunder (secondary oocyte) dan oestrogen mencapai paras tertinggi, pituitary akan merembeskan hormon luteinizing. Kehadiran hormon ini akan menyebabkan oosit sekunder dibebaskan dari ovari ke tiub fallopio menuju ke uterus.

 

Image result for ovulation egg

Imej dari tryingtoconceive.com

 

Kantung folikel (corpus luteum) yang tertinggal di ovari selepas oosit sekunder dibebaskan ke tiub fallopio akan mula merembeskan hormon progesterone (juga masih merembeskan oestrogen). Hormon ini sangat penting untuk mengekalkan keadaan dinding endometrium yang tebal dan kaya dengan salur-salur darah kecil tersebut. Ketika ini, wanita berada dalam keadaan subur. Jika sperma sampai ke uterus selepas aktiviti seksual, kemungkinan untuk hamil adalah sangat tinggi. Oosit sekunder ini akan berada di uterus selama 12 ke 24 jam sahaja sebelum musnah.

 

FASA LUTEAL

Kantung folikel (corpus luteum) akan terus merembeskan hormon progesterone dan oestrogen untuk mengekalkan penebalan dinding endometrium. Fasa ini berlangsung sehinggalah oosit sekunder disenyawakan dan menempel pada dinding endometrium. Embrio akan berkembang dan plasenta (uri) akan terbentuk. Penghasilan hormon oestrogen dan progesterone akan diteruskan oleh plasenta sehingga berakhirnya kehamilan.

 

Image result for menstrual cycle

Namun, jika tiada persenyawaan berlaku, kantung folikel ini lama kelamaan akan musnah. Jadi, penghasilan oestrogen dan progesterone yang mengekalkan ketebalan dinding endometrium juga berakhir. Tanpa kedua-dua hormon ini, dinding endometrium akan runtuh dan musnah. Serpihan serpihan tisu lembut inilah yang akan dikeluarkan dari uterus ke vagina sebagai darah haid.

Image result for menstrual cycle diagram

Apabila dinding ini mula runtuh, bermula lagi kitar haid yang seterusnya… berulang-ulang setiap kitaran sehingga seorang wanita itu hamil. Jika kita hamil, kitaran ini akan berhenti untuk menyokong bayi yang sedang berkembang. Kitaran ini juga akan terhenti apabila wanita mencapai usia menopos.

Kompleks bukan?

Some people say women are complicated… Well it is true!

 

 

from Root of Science http://ift.tt/2oqhZAv via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2n9w0kQ
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.