Header Ads

Breaking News
recent

'Baliklah ibu, Arissa rindu...'

Allahu, sayu melihat anak kecil ini mengalir air mata merindui ibu mereka yang didakwa telah meninggalkan mereka empat beradik dengan bapa semata-mata lelaki lain yang dipercayai warga asing.

Disebabkan keadaan yang begitu mendesak, si suami terpaksa membawa keempat-empat anaknya itu pulang ke kampung di Pasir Putih, Kelantan, dengan menaiki motosikal. 



Saya nak minta tolong awak-awak semua. Saya bukan nak aibkan orang tetapi saya tak sampai hati tengok anak-anak kecil ini yang tidak bersalah. 

Mak dia rela tinggalkan anak-anak sebab lelaki lain. Senang-senang dia lepaskan tangan pada suami dia seorang diri. Anak seorang dua tak ap lagi, ini dah empat orang. Yang paling bongsu itu pun baru setahun lebih. Sampai hati buat macam ini. 

Suami dia tak dapat nak kerja sebab kena jaga keempat-empat orang anaknya. Nak bayar upah pengasuh, tak mampu menyebabkan dia terpaksa pulang ke Kelantan kerana tidak mampu duduk di negeri orang dan menanggung anak-anaknya. 

Bayangkanlah, dengan anak empat orang, beg besar, dari Kemaman, Terengganu balik ke Pasir Putih, Kelantan dengan menunggang motosikal EX5. Balik dengan motosikal sebab terpaksa dah. Duit pun tak ada, cukup-cukup untuk balik Kelantan saja. 

Walaupun panas terik dan mengantuk, ayah mereka tetap teruskan perjalanan. Beberapa kali mereka teruskan perjalanan sebab terlalu letih, anak lapar nak susu, motosikal rosak. Ibu mereka pula tak ada tanya khabar sama ada anak selamat ke tak, memang lepas tangan terus. 

Si bongsu bernama Arissa tengok saya tengah menyusukan anak saya, datang pada saya dan minta susu juga.

Jerit sapa xtubik soro. air mato jh duk ngalir. Kalih doh kali sejak kne tinggal ko mok. Hok ni lah ank tengk minum susu ibu lgi. Mujur budak ni jurus. Xpeel kokse. Umur 9 bulan jale dri. Takut nyusoh ko mok. | Foto - Amiera Ayuyu
Ank duk saye ko gmbar mok sapa oyk saye ni. | Foto - Amiera Ayuyu
Ank hok no 3 ni. Pok dgn mok dio pilih pok ag. Sapa pok dio nk g kijo jerit duk sekali dgn pok. Dio takut pok dio tinggal dio mcm mok dio. Bdk tahu gpo hok dio rse. Ad satu ari pok dio g kijo. Mase mno dio g tubik cari pok dio. Sapa jupo duk kat stesem minyk. Mujur abe dio hok darjah 5 jupo. Pok dio terpksa g kijo kali tidok xmke lh ank2 dio. | Foto - Amiera Ayuyu
Saya viralkan pada perempuan ini sebab geram dengan tindakannya yang tidak bertanggungjawab. Biar dia tanggung malu sekalipun. Di kala dia sedang berseronok dengan lelaki lain, anak-anak dia kelaparan di rumah. Tak sayang anak betul, sedangkan binatang pun sayangkan anak. 

Bila anak-anak mesej dia, dia buat tak layan. Siap disumpahnya anak-anak sendiri. Keluarga dia tak nampak dan tak tahu apa yang dia dah buat sebab suami dia tak ceritakan apa-apa. Biar saya yang beritahu mereka tentang apa yang dia lakukan selama ini. 

Janganlah musnahkan masa depan anak sendiri. Balik dan jaga anak sendiri. Jangan disuruh orang tua yang juga warga emas berusia 83 tahun jaga cucu mereka. 

Nama dia Nur, orang panggil Mekno. Pernah buat pinjaman Amanah, kemudian lari dan orang lain pula yang terpaksa tanggung hutang dia. 

Saya nak tolong 100% dan minta orang ramai sedekahkan barang keperluan sekolah. Saya dah pergi daftarkan anak-anaknya ke sekolah. Cuma banyak keperluan lain yang belum lengkap, maklumlah tukar sekolah baru. Ayah mereka pun baru mula bekerja. Itu pun mujur boleh bekerja dah. 



Menurut maklumat terkini, dia dikhabarkan berada di Pulau Pinang atau Kedah, kerja di sebuah kilang di situ. Minta tolong share dan biar sampai ke pengetahuannya sendiri bagaimana keadaan anaknya. Kalau dia rasa dia betul, jangan tinggalkan anak. 
from The Reporter http://ift.tt/2o9MWMV via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2nier35
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.