Header Ads

Breaking News
recent

FAKTA: 93 Peratus Rakyat Malaysia Masih Tiada Rumah Sendiri

Sebanyak 93 peratus rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki rumah sendiri dan terus-menerus menyewa rumah.

Menurut kajian Beyond the Brick’ oleh HSBC Holdings, mereka yang masih tidak memiliki rumah sendiri dijangka mampu bebuat demikian dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ia berikutan peningkatan penawaran kediaman mampu milik dan infrastruktur pengangkutan oleh pemaju hartanah membantu menstabilkan harga sepanjang tempoh berkenaan.

Ia berdasarkan kajian ke atas 9,000 pemilik kediaman dan pemilik bukan kediaman di Australia, Kanada, China, Perancis, Malaysia, Mexico, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kajian turut menunjukkan 75 peratus golongan muda yang berhasrat membeli rumah tidak mempunyai simpanan untuk bayaran pendahuluan dan 43 peratus pula menangguhkan hasrat itu kerana tidak mampu membeli rumah idaman.

Mengenai kekurangan tunai untuk membeli rumah, 62 peratus golongan muda sedia mempertimbangkan bagi mengurangkan perbelanjaan untuk aktiviti masa lapang, 41 peratus sedia membeli kediaman yang lebih kecil dan 23 peratus pula mempertimbangkan untuk membeli hartanah bersama-sama anggota keluarga.

Sumber: Bernama

from HANASUVA http://ift.tt/2nXoxtF via IFTTT

from Gedebak Viral http://ift.tt/2onwBR1
via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.